You don’t have to be big. You have to be remarkable

Makanan Wajib Di Ambil Setiap Hari




Salam Semua

Makanan merupakan perkara penting untuk meneruskan kesinambungan hidup. Namun persoalannya di sini,ADAKAH MAKANAN YANG KITA MAKAN SETIAP HARI ITU BENAR-BENAR SIHAT? Belum tentu.. So apa lagi jom kite tgk satu-satu apa yg perlu diambil setiap hari tuh...




1.Yogurt

Kenapa perlu minum yogurt? Tahukah kamu bahawa yogurt mengandungi  banyak bakteria baik yang tumbuh subur di dalam yogurt. Ia berfungsi untuk mengusir bakteria jahat di permukaan usus, meningkatkan daya tahan tubuh dan melindungi tubuh daripada serangan kanser. Namun tidak kesemua yogurt mengandungi bakteria baik. Jadi sebelum membeli, pastikan labelnya tertulis ‘mengandungi kultur yang hidup dan aktif’ agar manfaatnya dapat dinikmati oleh tubuh.



2. Tomato


Kenapa harus makan tomato? Warnanya yang merah menggoda mengandungi banyak likopen yang kaya antioksidan. Bahkan, penyelidikan menunjukkan bahawa, makanan yang kaya likopen dapat menurunkan risiko penyakit paru-paru, kanser prostat, kanser kulit serta kanser usus dan pengumpulan plak di pembuluh darah.

3. Lobak merah


Kenapa harus makan lobak merah? Sebahagian besar, buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna kuning, merah atau oren kaya dengan karotenoid, yang berkemampuan untuk mengurangkan risiko penyakit kanser dan rheumatoid arthritis.

4. Blueberi


Kenapa harus makan blueberi? Buah ini kaya antioksidan! Ia dipercayai  dapat mencegah kanser, diabetes dan meningkatkan daya ingatan. Penyelidikan menunjukkan bahawa blueberi kaya dengan serat, vitamin A dan C.

5. Soya hitam


Semua soya bagus untuk kesihatan jantung, cuma soya hitam  mempunyai keistimewaan dan khasiat yang tersendiri iaitu dapat meningkatkan daya ingatan dan fikiran. Kenapa? Kacang soya hitam kaya dengan antosianin, iaitu sejenis antioksidan yang telah terbukti dapat memperbaiki fungsi otak. Setengah cawan soya hitam mengandungi 8 gram protein dan 7.5 gram serat dan rendah kalori.

6. Gandum

Selain kaya dengan khasiat, gandum juga mengandungi serat  tinggi yang larut air, di mana ia berfungsi untuk menurunkan risiko serangan jantung. Selain itu, gandum juga kaya dengan karbohidrat.

7. Bayam

Bayam kaya dengan asid lemak Omega 3 dan Folat yang membantu menurunkan risiko penyakit jantung, strok dan osteoporosis. Walaupun ia sekadar sayuran berwarna hijau, namun bayam dipercayai amat berkhasiat untuk meningkatkan keperkasaan lelaki. Sebagai bonusnya, Folat juga dapat meningkatkan aliran darah ke penis.


Yeayy abis da... Amacam.. ada amik tak? Aku personally yogurt tu sebulan 2 or 3 kali je..  Lobak merah dulu ari-ari makan sampai muntah sebab da muak da, bayam tu da lama tak makan. Sigh**



Sumber: Remaja


P/S: Nak jaga kesihatan melalui makanan sgt la sng tapi ramai yg tak berdisiplin. So.. tahu2 la kan..


0 Comment for "Makanan Wajib Di Ambil Setiap Hari"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top