You don’t have to be big. You have to be remarkable

Misteri Bilik Hotel



Salam Semua...


Motif Gmbr: Kasik Seram sikit :P

Hehehe.. tetiba plak mood seram dtg.. Entri seram sikit mlm ni.. Ngeee... Ok la.. A few month ago I went to Kuantan. Yes, finally after 4 years dapat jugak melepaskan kerinduan di negeri Pahang Darul Makmur. Alhamdulillah.. Yess.. Dapat jugak hantar adik lelaki aku ni kat Kuantan. Before this asyik terlepas je kan.. Sampai Kuantan check in hotel yang biasa mama and papa stay la before bertolak balik ke Kelantan. Before this, mama ada cerita kat bilik tu sering diganggu bunyi-bunyi macam orang mengemas,main guli pukul 3 pagi.. Perghh... 

So rehat-rehat jap before pergi Kuantan Parade kan..Aku transfer kat Kelantan rasenya masa tu KP baru bukak kot. So tak pernah pergi la kat. Masuk Matrik pun dua minggu je, so tak sempat lagi. Tapi kali ni aku make sure yang aku pergi KP. Yang tak boleh blah pergi jalan kaki tu.. Adik aku la cakap dekat. Ish... Da pusing banyak kali.. siap guna GPS lagi pun fail.. aku memang fail bab baca peta semua ni.. Arghhh... Last skali amik teksi. Bazir masa je.. Then driver teksi tu ckp actually memang dekat pun.. Just cross je satu building then da jmpe KP. WTh patut la aku tak nampak.. Ciss.. Geram betul.. Tak pe.. Tak mahal pun naik teksi.. 

Da settle beli barang kat KP balik bilik.. Kali ni jalan la sebab da tahu kan.. Sampai kat hotel mama ckp mama da kena da.. Siang-siang pun main jugak hantu ni.. Kebetulan papa turun minum air plak so mama sorang-sorang la kan.. Nasib tak de apa-apa happen.. Risau wooo..

Malam da tiba, semua da tidur da.. Aku je masih mengadap tv and melayan Twitbird aku. Citer pun agak boring.. Maklum la musim raya semua repeat barang yang aku da tgk. Sigh**.. Amik selimut tido... Dalam pkul 3 pagi aku bunyi bising sangat sampai tak leh tido.. Bunyi dari bilik atas.. Bunyi guli berdenting atas lantai, bunyi orang heret almari,katil and perabot-perabot.. Ish.. memang seram.. Aku takut buatnye lembaga putih menjelma kat depan muka aku.. Ish.. Tapi mula-mula aku tak percaya pun bunyi tu so aku cuma amati betul-betul.. Sah.. Memang sah.. Ni la bunyi yang mama ckp tu.. Aku pun tak pasti berapa lama aku duk cuba pejam mata then tertidur. Pkul 5.45 da kena bangun, solat subuh and gerak kat tmpt adik aku dlu sarap before off to Kelantan. Sumpah ngantuk.. Rajin betul HANTU ni duk mengemas pepagi buta mcm ni.. 


P/S: Pengalaman seram zaman sekolah bikin jantung aku tercabut. :)


0 Comment for "Misteri Bilik Hotel"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top