You don’t have to be big. You have to be remarkable

Tips Cinta : Kejutan Untuk Si Dia

Salam Semua.. 
Kali ni nak sharing pasal Tips Cinta : Kejutan Untuk Si Dia. Tips ini di petik daripada majalah remaja. So jgn ckp aku copy cat mana-mana blog ok.



Tips Kejutan Untuk Si Dia

1. Berikan hadiah ketika bukan hari jadinya atau  ulang tahun hubungan kalian. Dia pasti tidak menduga dan benar-benar terharu.

2. Beli barang idamannya,  dia pasti akan menghargai usaha keras kamu memenuhi impiannya.

3Kirimkan kad istimewa yang kamu buat sendiri sebagai tanda ingatan. Lebih dramatik kamu boleh tinggalkan kad ini di dalam keretanya atau pos ke rumahnya. Cara ini mungkin konvensional tapi amat menyentuh perasaan.

4. Bagi si gadis, kamu boleh buat kejutan  dengan membelikan dua keping tiket perlawanan akhir buat si dia dan teman baiknya. Manakala jejaka pula, hadiahkan pakej spa kepada kekasih dan teman baiknya. Kejutan ini akan membuatkan dia berasa bangga memiliki kekasih yang memahami dan menghargai temannya.

5. Lari daripada kebiasaan.  Misalnya jika selama ini kalian gemar bersiar-siar apa kata sekali sekala, kamu membawanya menonton wayang.

6. Kamu boleh merancang parti istimewa buat si dia. Lakukan kejutan ini bersama keluarga dan teman-temannya.

7.  Jika kamu mempunyai hubungan baik dengan keluarganya, apa kata kamu turut serta percutian dengan keluarganya. Si dia pasti gembira dengan kehadiran kamu.

8. Masak makanan kegemarannya, kamu  boleh ajak dia makan bersama atau kirimkan bekal ke pejabat atau rumahnya. Kejutan ini ringkas tapi amat bermakna buat dirinya. 

9. Tanpa pengetahuannya, tempah baju yang sama  tema warna untuk majlis atau perayaan istimewa seperti Hari Raya, Hari Kekasih atau sebagainya.

10. Kemunculan kamu secara tiba-tiba ketika  dia menghadapi detik penting seperti perlawanan bola sepak. Berikan kata-kata semangat kepadanya sebagai tanda sokongan, pasti dia berusaha untuk memberikan persembahan yang terbaik dan mendapat pujian ramai.

Perghh.. ok tak tips kat atas ni... Ada point yg boleh buat jantung luruh woo tapi ada jugak bagi aku personally mcm tak ngam ar mcm parti.. Sigh** Aku tak suke parti-parti semua nih.. But it's good pada org yg suke berparti. So mix and match. Lagi satu kad istemewa hasil tgn sendiri. Tak kisah la cantik ke tak yang penting hasil keje sendiri. Aku da penah buat woo.. Sumpah puas hati dari beli sendiri. :) Selamat bercinta. 

Sumber: Remaja


P/S: Tak perlu belajar utk jadi romantik tapi keluarkan romantik yg ada dlm diri korang.



Tag : tips cinta
0 Comment for "Tips Cinta : Kejutan Untuk Si Dia"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top