You don’t have to be big. You have to be remarkable

Pokok Limau Hybrid Dalam Pasu Murah

Pokok Limau Hybrid Dalam Pasu Murah | Pokok Limau Hybrid | Pokok Hybrid Murah | Pokok Limau Tahun Baru Cina | Simbolik Pokok Limau Tahun Baru Cina

Assalamualaikum

Setiap tahun bile CNY mesti ada pokok limau. Geram tengok limau yang lebat dan comel. Duk KL baru nampak pokok limau ni. Kalau kat Kelantan bukan berjalan pun. Yang saya tahu limau mandarin raya cina tu je. Sedapnye... 


Beberapa minggu lepas mase pergi AEON Big Wangsa Maju nampak deco untuk CNY. Macam macam pokok ada. Yang paling menarik perhatian saya pokok limau dalam pasu ni. Syok kalau dapat satu pokok limau macam ni dalam pasu letak kat dapur ala ala rumah mat saleh gitu. Rumah mat saleh letak lemon, kite letak limau ni la. Nak buat detoks, nak perah dalam sup petik je kat pokok.

Pokok limau rendang comel ni harganya RM33 sepasu. Sekarang orang bandar yang tak de laman boleh berkebun dalam pasu atau yang laman terhad pun boleh tanam pokok buah. Contohnya seperti pokok durian, pokok jambu, pokok kelapa, pokok kurma dan lain-lain. Rendang je pokok hybrid ni. Cantik kan?
Tag : gardening
0 Comment for "Pokok Limau Hybrid Dalam Pasu Murah "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top