You don’t have to be big. You have to be remarkable

Restoran Nuri Seafood Kg Baru

Restoran Nuri Seafood Kg Baru | Restoran Tomyam Sedap Kg Baru | Tempat Makan Sedap Kg Baru | Tempat Makan Sedap KL | Tempat Makan Sedap Dan Murah Kg Baru


Assalamualaikum 

Sunday Funday kat bilik je hari ni. Nak schedule task untuk minggu kedua bulan Januari before balik kampung.. Semalam hari yang best dan banyak jalan. Pagi keluar dengan Huda, lunch date kat Sri Suria Cafe, malam dengan Lurviey kat Nuri Seafood. Sebelum dinner singgah cari barang kat Aeon Big Wangsa Maju sambil pusing-pusing cuci mata tengok barang-barang rumah, pokok-pokok hijau, pokok bunga. 
First time makan kat Nuri Seafood Kg Baru ni tahun 2009 if tak silap. Belum habis study lagi mase tahun. Ni la tempat tomyam yang best, sedap dan murah. Lurviey yang selalu bawak kat sini. Tapi kalau datang sini memang order tomyam campur, kerabu (mangga or sotong) dan telur dadar. Makan dua orang kenyang, harga dalam RM15 macam tu. Siap mintak nasi tambah. Selalu makan sini memang mintak nasi tambah. 
Jadi semalam order special sikit kata Lurviey, celebrate birthday saya. Lewat sikit celebrate sebab sebelum ni datang ikan siakap dah habis. Semalam order ikan siakap stim limau, tomyam campur dengan kailan goreng biasa. Kalau sebut siakap teringat mama, papa masak ikan siakap berlada. Sedap makan nasi panas-panas sambil tengok sinetron bawang merah bawang putih. Lol. throwback sikit.  Siakap Stim Limau ni memang sedap dan sangat-sangat puas hati saya makan. Nampak kecik dalam gambar tapi besar kat luar. Lurviey makan sikit je ikan sebab Lurviey tak berapa suke ikan. Jadi meratahlah saya ikan tu sampai habis. Kenyang sangat-sangat. Tomyam langsung tak sentuh. Mintak tapau boleh makan hari ni. 
Tomyam pekat dan pedas. Sedap tapi saya lebih prefer tomyam dulu sebab ada letak lala kat dalam tu. Rase lagi sedap. Kailan goreng biasa pun ok. Teringin nak makan kailan ikan masin tapi takut gatal hidung plak.
Air saya order air limau dan Lurviey order air asam boi. Sekarang pergi kedai order limau ais je sebab masih pantang teh dan kopi. Kononnya. Nak tengok jauh mane boleh tahan pantang ni. Nuri Seafood ni selalu penuh terutama hari gaji dan hari minggu. Memang penuh sangat-sangat dan ramai yang order ikan siakap. Family pun ramai yang datang makan kat sini. Memang sesuai untuk family datang makan. 

Restoran Nuri Seafood 
Jalan Raja Alang, Kampung Baru, 
50300 Kuala Lumpur,

0 Comment for "Restoran Nuri Seafood Kg Baru "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top