You don’t have to be big. You have to be remarkable

Resepi Kuih Bakar Sedap Dan Mudah

Resepi Kuih Bakar Sedap Dan Mudah  | Cara Buat Kuih Bakar Mudah | Idea Resepi | Resepi Minum Petang | Resepi Sedap Dan Mudah | Resepi Kuih Mudah


Assalamualaikum 

Sunyi tanpa entri semalam dek kepenatan membersihkan halaman sekitar rumah. Untuk tea time semalam buat kuih bakar. Bagi saya ni kuih yang paling mudah nak buat dan sedap! Hari ni buat lagi sebab belum puas menikmati 'kelemakan' kuih bakar ni. Heee..  Untuk kalian yang tengah mencari idea nak makan apa untuk breakfast atau minum petang boleh cuba kuih bakar ni. Sumpah sedap!

Bahan-bahan 
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 cawan air pandan (blend 9-10 helai daun pandan bersama 1 cawan air dan tapis)
  • 3 biji telur 
  • 1 cawan santan 
  • 1 cawan susu cair 
  • Sedikit bijan
  • Sedikit pewarna hijau untuk menaikkan seri kuih. (option)
Cara-caranya
  1. Campurkan kesemua bahan diatas kecuali bijan. Pukul rata atau nak mudah blend gune blender 
  2. Griskan loyang dan tuang adunan tadi. Bakar 1 jam. 
  3. Bijan letak mase minit ke 10 (keluarkan dan tabur bijan, kemudian bakar kembali) 
  4. Siap! 



Mudah kan? Bahan dan cara buat pun senang. Video saya attach kat sini nanti. Tak ada masa lagi nak edit video kuih bakar ni. Kuih bakar ni rasa lemak lemak manis. Tak terlalu manis. Manis die memang ok dah dengan tekak saya. Saya alergik makanan manis. Tak boleh telan.. Sekian sahaja perkongsian hari ini.. Selamat mencuba!

Tag : resepi
0 Comment for "Resepi Kuih Bakar Sedap Dan Mudah "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top