You don’t have to be big. You have to be remarkable

Kedai Pakaian Bundle Murah RM1 Di Tok Bali Pasir Puteh

Kedai Pakaian Bundle Murah RM1 Tok Bali | Kedai Bundle Murah Tok Bali | Borong Pakaian Bundle Murah Di Kelantan | Pakaian Bundle Murah | Pemborong Baju Bundle Murah 2017

 

Assalamualaikum...


Semalam #madnessmonday yang meletihkan, pagi sampai malam asyik keluar je settlekan benda yang perlu di settlekan sebab hari ni dan esok adik lelaki keje daripada pagi sampai malam. Lepas maghrib keluar ke Kedai Pakaian Bundle RM1 yang masuk paper Sinar Harian dan juga mouth to mouth marketing pun buat saya rase nak pergi dan tengok sendiri pakaian kat sane. Mane tau ada yang berkenan boleh beli. RM1 pulak tu.

Kedai Pakaian Happy Bundle menawarkan harga RM1 sahaja untuk baju t shirt, kemeja, blazer, selimut, bantal, sweat shirt, jeans, pakaian baby and kanak-kanak pun ada. Happy Bundle terletak di tepi jalan di Tok Bali berdekatan dengan Shell Tok Bali. Mase saya datang ni orang tak ramai lagi. Syok la nak memilih pusing pusing dalam kedai tu.

Kedai Happy Bundle dengan slogan ‘Seriyal Selai Jah’ yang diusahakan pemuda dari Kampung Lembah, Semerak, memenuhi keperluan golongan sederhana dan berpendapatan rendah. - Sinar Harian.


Kedai Happy Bundle ni juga jadi tumpuan penjual bundle lain yang datang memborong pakaian untuk dijual semula. Jeans banyak gile, kalau pandai pilih dan mencari memang boleh jumpa cun cun. Saya tak berapa reti nak pilih jeans. Saya cari sweater je. Lol..


Nak baju berjenama cantik-cantik boleh datang hari 'jualan pecah guni' setiap Khamis dan Sabtu. So lebih banyak pilihan yang cantik cantik dan branded dengan harga RM1 sahaja. Kedai ni beroperasi dari 10pagi hingga 10malam. Kenapa tak jual sport shoes? Boleh saya beli buat jogging nanti. Lol..
0 Comment for "Kedai Pakaian Bundle Murah RM1 Di Tok Bali Pasir Puteh "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top