You don’t have to be big. You have to be remarkable

Rempah Kari Sedap Di Mydin Kompleks Bukit Jambul

Rempah Kari Sedap Di Mydin Kompleks Bukit Jambul | Rempah Kari Timbang Sedap Dan Murah | Rempah Kari Sedap Kat Penang | Rempat Kari Ikan Sedap | Santai Makan


Assalamualaikum 

Uishhh kalau sebut kari perghhh sedapnya, lagi-lagi kari ikan kuah pekat. Sedap makan dengan pulut kuah banjir! Buat kari kepala ikan lagi la wowww.. Last year adik yang duk kat Penang beli rempah kari timbang kat Mydin Kompleks Bukit Jambul dan rempah kari die lagi sedap daripada kari yang mama pernah guna untuk masa kari. Double Triple sedap wehhh.. Di sebabkan rempah kari dah habis, kirim lagi kat adik suruh beli. Jadi ketagih makan kari gune rempah ni. Sedap sangat.  Saya tak pasti pula sama ada rempah kari yang timbang ni ada kat Mydin cawangan lain. Kalau kat Kelantan rasenya macam tak de je.

Selain kari,rempah-rempah pun ada kat sini. Sedapnye bau rempah! Kalau kat KL port best kalau saya teringin nak makan kari saya ajak Lurviey makan kat Suberi Nasi Kandar kat area Setiawangsa or kat Dato Keramat. 
Ni gambar kari ikan masak mase balik rumah tahun lepas. Nanti nak beli beras pulut, boleh makan kari banjir dengan pulut. Sedapnye.. Esok lusa nak masak kari. Hari ni masak udang masak lemak cili api je, mudah dan cepat. Alhamdulillah

0 Comment for "Rempah Kari Sedap Di Mydin Kompleks Bukit Jambul "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top