You don’t have to be big. You have to be remarkable

New Year Resolution Ke?

Katarsis NanieyBarnieyLurviey | Personal 


Assalamualaikum

TODAY IS THE FIRST BLANK PAGE OF A 365 PAGE BOOK. WRITE A GOOD ONE.

Happy New Year 2017. New hashtag #nanieydotcom17. Setiap kali tahun baru nak semangat berkobar-kobar la. Semua benda bersemangat tapi bile dah masuk bulan kedua ketiga dah mulai menurun semangat tu? Jadikan hari-hari tahun baru, barulah sentiasa bersemangat. Setiap individu perlu tahu cara memotivasikan diri sendiri atau tahu kat mane nak rujuk bile tengah down. Macam mase sekolah dulu, bile cikgu panggil motivator ke sekolah, tetiba semangat time motivator tu bercerita, bagi semangat etc. Kekal la seminggu bermotivasi kemudian balik semula jadi macam biasa.. Lol. 

My biggest birthday wishlist 2015 tercapai tahun 2016. Wishlist apa tu? Wishlist nak naikkan berat badan memandangkan berat semakin menurun dan sangat-sangat merisaukan saya. Saya ni kurus kering macam mane mase muda dulu . Normal weight 45kg-46kg (sebenarnya tak normal). Tapi disebabkan hujung tahun 2015 tu berat makin menurun hingga 43kg, 42.5kg which is something yang sangat-sangat tak normal dan merisaukan saya, saya berazam nak naikkan berat tahun 2016. Cewahh.. Berazam la kononnya. Alhamdulillah berjaya. Max saya gain weight 58kg then maintain 55-56kg sekarang dan tak ikut lagi pola makan macam mase nak gain weight dulu. Boleh baca kat sini -> https://goo.gl/o3Md1n

My birthday wishlist 2016 nak kurangkan pengambilan caffeine. Dari tarikh 19 Dec hingga hari ni saya masih belum minum coffee lagi. Tak tahu la berjaya ke tak sebab ni memang setiap tahun nak kurangkan dan tak nak bergantung pada caffeine ni. Bile dah ketagih susah sangat. Tak dapat minum rase macam tak lengkap je. Jadi sasau. Kalau la tak baca buku or Al-Quran sehari rase sasau macam ni kan bagus untuk saya.. Tahun ni juga azam nak kahwin dan also lebih berjaya dari tahun lepas. InshaAllah. Part kahwin tu malas sangat dah nak fikir. Chillex sudah*rationalize .Sampai mase, ketika kahwin. Walaupun mama, sedara mara, kawan-kawan ,semua duk bertanya bila nak makan nasi minyak. Adehh.. G kedai beli sendiri. Nak saya belanja moh le... STRESS!! Tak nak fikir pasal kahwin. Azam lain nak bebas hutang tapi nak bebas hutang tu bukan mudah sebab nak kena cari duit, nak kena usaha beratus lipat kali ganda lagi-lagi sekarang dah tak keje. Hutang apa lagi kalau tak PTPTN. Nak sangat bayar lumsum. Then baru boleh fikir sambung study tapi masih fikir-fikir. Mungkin nak ambil profesional cert je nanti. 

Sebut pasal azam ni tak perlu tunggu tahun baru tapi disebabkan dari kecik dah terbiasa kan, masuk sekolah kena buat karangan azam tahun baru. Ada beberapa lagi yang quite personal to share kat sini kan. Biarlah rahsia.. Oh ye lagi satu nak rajin-rajin blogging, blogwalking macam dulu lagi. Senang nak track n trace aktiviti. Sekian sahaja azam tahun baru saya. Semoga dipermudahkan segalanya.. 

0 Comment for "New Year Resolution Ke?"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top