You don’t have to be big. You have to be remarkable

Resepi Kerabu Perut Maggi Mudah

Resepi Kerabu Perut Maggi Mudah | Resepi Kerabu Perut | Resepi Kerabu Maggi 


Assalamualaikum 

Ok hari ni tak sempat nak menaip entri review. Belum ada mase lagi nak review and demo cara gune Portable Led Light Therapy. InshaAllah dalam mase terdekat ni cube siapkan. Jadi hari ni nak up resepi kerabu perut maggi mudah versi nanieydotcom. Haha.. Ok resepi ni sesuai la untuk orang yang tak de dapur. Resepi bujang je. Kalau ada dapur lagi banyak bahan boleh letak.
Pergi Aeon Big hari tu teringin sangat nak makan perut. Tapi perut mahal kat sini tak macam kat Kelantan murah je. Sekilo RM21.20. Saya ambil sikit je dalam RM7++, tapi disebabkan teringin sangat jadi ambil je la. Kalau maggi nak lagi sedap gunalah maggi siam serda tu. Hari tu ada jumpa kat Aeon Setiawangsa lepas tu dah tak de dah. Balik kampung nanti nak beli sekotak bawak sini. Fuhhh.. Di sebabkan maggi siam tak de jadi beli Maggi je.

Bahan-Bahan 
  • Maggi 1 bungkus
  • Perut 
  • Limau Kasturi 6-7 biji (ikut tekak suka masam letak la banyak ni) 
Cara-Caranya
  1. Potong perut dan rebus bagi empuk, Then toskan. 
  2. Kemudian perah limau kasturi tadi dan campur dengan perencah maggi 
  3. Lepas tu gaulkan perut dengan perencah yang digaul tadi dengan limau kasturi
  4. Nak makan maggi boleh letak maggi, if tak nak boleh terus makan perut macam tu je.
*Diingatkan resepi ni just a quick recipe untuk orang yang tak de dapur dan tak cukup bahan. Kalian yang ada dapur tu if malas nak masak tak tahu la nak cakap apa. 




Nak sedap gune maggi siam serda tu tau. Memang sedap!

Tag : resepi
0 Comment for "Resepi Kerabu Perut Maggi Mudah "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top