You don’t have to be big. You have to be remarkable

Cara Buat Pes Tomato Untuk Baby

 Assalamualaikum.. 

Pes Tomato Untuk Baby | Simpan sini senang aku nak rujuk bila nak masak makanan baby nanti. Antara entri hot yang sentiasa mak mak cari Cara Buat Serbuk Beras Segera dan juga Beras Sumo Untuk Naikkan Berat Baby. Untuk beras sumo tu memang tak berkesan pun untuk Naura. Tapi mommy jangan putus asa sebab lain baby lain badan lain ragamnya. Cuba la, sebab ada baby lain berat badan naik selepas makan beras sumo. 

Ok la berbalik kepada pes tomoto tadi, aku hanya guna 3 jenis bahan sahaja tomato, lobak dan bawang putih. Untuk tomato dan lobak pandai pandai agak dan sedikit bawang putih. Kalau nak masam lebihkan tomato atau nak manis lebihkan lobak. 

Kemudian blend semua bahan tadi dan panaskan di atas dapur sekejap. 

Sejukkan dan masukkan ke dalam tray ice dan sejukkan dalam fridge. Bila nak guna ambil 1-2 ketul kiub dan masak seperti biasa. Mudah kan? Biasa dengan pes tomato ni aku buat sup tomato, atau tomyam atau bolognese

Naura masa umur setahun lebih elok je makan ni. Menambah nambah makannya. Tapi sekarang kalau aku bagi ni mesti dia tolak lagi lagi kalau dia tengok warna macam ni. Haish.. Pening kepala aku. Next month ada appointment untuk check up berat. Risau aku. Kalau anak suka makan tu bagi je la makan just kawal pengambilan certain food sahaja. Macam aku ni anak susah makan memang pening kepala nak bagi dia makan. Nasib baik buah dia makan tu pun dah pandai memilih buah dah. Kalau dulu dragon fruit tu banyak dia makan. Sekarang tengok pun dia lari jauh. Hai la anak. Mommy yang pening sekarang... 


Tag : baby food
8 Comment for "Cara Buat Pes Tomato Untuk Baby "

Dulu2 masa anak kecik, rajin buat camni. Senang dan jimat masa bila nak bt bubur tuk diaorang 🥰

Mak mana tak risau kan kak naniey bila anak susah makan, memilih makanana. Macam anak sedara saya, puas paksa makan, susah betul. Sekarang umur 6 tahun, berat dalam 16 kg je. Semoga dipermudahkan segala urusan kak naniey dan keluarga. Semoga naura sihat selalu!

Naura dah besar la mommy, nak makan macam mana mommy dan daddy makan...hehehehe

Bagus juga tips pes tomato dibekukan . Time nak juga just keluarkan beberapa kuib je kan

Nampaknya naura ni cepat bosan. bertabahlah mamanya. semoga terus kreatif menyediakan makanan utk permata hati . pes tomato ni, bukan utk baby je, saya pun buat utk msakan. senang.

Bagus Naura suka sayuran buahan ni. Senang buat pes macam ni. Nak masak pakai je yang dah siap.

Naurah dah besar nk mkn ape mommy mkn jer heheee

tq share tips ni naniey..

Tunas rasa Naura dah lebih adventurous tu...nak rasa makanan lain pula :)

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top