You don’t have to be big. You have to be remarkable

Review Some By Mi Yuja Niacin Brightening Sleeping Mask

 Assalamualaikum.. 

Some By Mi Yuja Niacin Brightening Sleeping Mask

Beberapa bulan lepas aku ada beli Some By Mi (SBM) Yuja Niacin ni yang mana dapat mencerahkan dan melembapkan kulit ketika tidur. Aku memang perlukan produk yang boleh membantu untuk memudarkan parut hitam kat kulit aku, memandangkan buat masa sekarang aku masih belum boleh buat microneedling treatment sebab masih BF Naura.  

Yuja Niacin ni key ingredient dia adalah Yuja Extracts iaitu sebanyak 70.5% dan juga Niacinamide 5%. Niacinamide ni merupakan vitamin B3 yang dapat membantu masalah kulit seperti jerawat, kedutan, pigmentasi dan juga rosacea. Kandungan Vitamin C dalam buah Yuja adalah 3 kali ganda lebih tinggi daripada buah lemon.  

Ingredient

Claims

Multifunctional sleeping mask formulated with yuja extract helps achieve a radiant and youthful complexion. Also contains glutathione and niacinamide for brightening, aquaxyl and fructan for moisturizing, as well as ten kinds of vitamins for revitalizing benefits. Perfect for those with dry skin, dull skin, uneven skin tone or eye bags. The quick-absorbing formula boasts a light and refreshing texture plus relaxing citrus scent for a good night’s sleep


Baca - Laneige Lip Sleeping Mask


Review 

  1. Sebelum aku beli full size ni, aku beli yang trial pack dulu. Trial size tiada box packaging seperti full size di atas dan korang yang berminat nak cuba boleh beli trial size dulu sebelum beli yang full size. 15g untuk trial size dan 60g untuk full size.
  2. Harga bagi aku sangat affordable - 15g RM11.50 dan 60g RM41.50
  3. Tekstur - Tekstur yang ringan dengan bauan citrus yang menenangkan. Bagi sesetengah orang tak suka bau sleeping mask ni tapi bagi aku bau ni refreshing dan tenang sangat. Dan warna sleeping mask ni warna kuning.
  4. Sleeping mask ni tidak melekit selepas apply pada kulit dan mudah diserap. Sleeping mask ni juga membuatkan kulit rasa lembap dan fresh selepas dipakai. 
  5. Aku suka effect pada kulit bila bangun waktu pagi. Kulit rasa lembut, lembap dan glowing
  6. Sleeping mask ni juga berkesan memudarkan post peel hyperpigmentation yang aku dapat selepas sesi keempat chemical peel (nanti aku story pasal chemical peel ni ye) . 
  7. Boleh dipakai pada waktu malam sebelum tidur - Cleanser - Toner - Serum - Moisturizer - Sleeping Mask .
 
Repurchase? Yes ! Sebab sleeping mask aku ni baru je habis semalam. Nanti aku share produk Some By Mi yang lain pula. So far produk Some By Mi yang aku pernah guna (1) Some By Mi Miracle Toner, (2) Some By Mi Miracle Pad, (3) Some By Mi Snail Truecica Miracle Repair Serum dan (4) Some By Mi Miracle Repair Cream. Semua pending kat draft lagi.

Boleh beli disini - YUJA NIACIN SLEEPING MASK

P/S: Selagi tak elok kulit ni selagi tu la tak kan berhenti mencari produk untuk selesaikan masalah kulit. 





8 Comment for "Review Some By Mi Yuja Niacin Brightening Sleeping Mask "

one of favourite product anak kak ana ni Some By Mi, nice review dear.. singgah petang sini , happy blogging

ehh sama la , ccl pun pakai sleeping mask dari yuja ni , memang sangat best dia punya tekstur tu , smooth je , paling best bau ala-ala lemon tu , bangun pagi kulit lembap je

menarik produk ni. btw jom join GA https://iammasitahsamsudin.blogspot.com/2021/07/merdeka-giveaway-by-tarotthefool.html

Best kannn? Omg ain suka gila face mask niiii. bau dia pun sedap best best

Tengok packaging kuning dan lemon ni mengingatkan saya produk garnier. Pernah dengar juga some by mi tapi belum pernah cuba any produk dia. Produk berasaskan lemon memang bagus untuk cerahkan tona kulit.

tengah pakai juga nie..sedap bau diaa..sngt fresh

Ramai yg review kata best. Kalau sesuai dgn muka apa salahnya terus guna kan

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top