You don’t have to be big. You have to be remarkable

Kak Jah Mee Celop Setapak Indah

 Kak Jah Mee Celup Setapak Indah 


Assalamualaikum... 

Setapak Indah Sokmo ! Gitulah kalau area tempat cari makan yang best memang kat situ. Walaupun ada banyak pilihan berapa gerai je yang aku pernah cuba kat situ. Kak Jah Mee Celop ni pun aku cuba sebab Lurviey yang bagitau ada nampak kat facebook. Jadi aku cubalah Kak Jah Mee Celup ni disebabkan Khairin Thai Food Aroi tutup. Alhamdulillah sedap sangat. 

Landmark Kak Jah Mee Celop ni berhadapan dengan Apartment Indah Setapak Indah ni je dan bermula jam 12 tengah hari hingga petang. Terdapat pelbagai pilihan celop celop yang sedap dan harga sangat murah bagi aku. 

Harga Kak Jah Mee Celop seperti yang tertera di atas. Bagi aku harganya murah dan isinya banyak. Memang puas hati. Kerabu maggi aku tak pernah cuba sebab aku lebih suka cara aku buat kerabu maggi bodo style aku. 

Bahan bahan wajib mee celop. Tak sabar nak balik kampung nak makan nasi air. Kat KL Selangor setakat ni aku tak jumpa orang jual nasi air.


Aku beli Kue Teow je sebab ni je boleh masuk tekak. Mihun buat masa sekarang (pregnant) memang tak boleh masuk perut,bila makan aku jadi pedih ulu hati. Mee kuning jarang menjadi pilihan aku untuk masakan berkuah kecuali mee bandung. 

Kredit: FB Mee Celop Kak Jah
 
Sedap kan? Aku tak pernah makan celop celop yang ada telur. Korang suka makan celop celop? 


Kak Jah Mee Celop 

Berhadapan Apartment Setapak Indah (Area Uptown Danau Kota) 
12tgh- petang 
Tutup setiap Isnin & Selasa 
Facebook: Kak Jah Mee Celop 



P/S: Hari ni nak merendang lagi.. Teringin rendang lagi makan dengan nasi himpit. 

Tag : food
10 Comment for "Kak Jah Mee Celop Setapak Indah "

Suka makan yang celop-celop...sedap ooo!

dkt je ni dgn keramat
boleh try akak suka mee celup

Alaaaa...sedapnya...akak suka je makan mee celop..kat Seremban lagi la susah nak jumpa

selalu lalu situ tp x perasan plak gerai ni.. ok pasni bole try

Setapak indah tu uncle biasa.... Nak carilah...

Sedapnya mi celup. Suka jenis sup jernih tu. Banyak juga dia punya rencah tu. Pada saya pun harga berpatutan dah tu.

Nampak sedap, mee celup ni dengan bahan-bahannya menyelerakan..

Wah, bukan main meriah lagi gerainya!
Lama tak makan mee celup. Terus jadi teringin hahaha

Nak surveyand try jugak tp agak jauh

Suka sangat makan mi celup terutamanya yang letak banyak accesories. Pada saya harga pun boleh tahan jugak tu sesuailah dengan portion semangkuk.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top