You don’t have to be big. You have to be remarkable

Maggi Tomyam Kaw Pes Kembali Dan Menggamit Kenangan

Maggi Tomyam Kaw Pes Kembali Dan Menggamit Kenangan

 

 

Assalamualaikum.... 

Siapa yang lahir tahun 80-an 90-an mesti pernah makan maggi tomyam pes tu kan. Ke ada yang tak pernah cuba? Lepas stop production yang pes tu, maggi tomyam serbuk memang tak menjadi pilihan aku dah. Aku beralih ke mee segera tomyam brand lain sebab rasa maggi tomyam serbuk tidak sesedap maggi tomyam pes

Baru baru ni maggi mengeluarkan kembali maggi tomyam pes ni dan akulah antara insan yang teruja sebab dah lama benor tak makan maggi tomyam ni. Salah timing pula kan dia keluar time aku pregnant tapi aku makan juga maggi sebab nak lepas perasaan teruja nak rasa dan menjawab persoalan adakah maggi tomyam pes rasanya sama seperti dulu?  


Review aku tentang Maggi Tomyam Kaw Pes 

Bagi aku bau pes tomyam tu sama seperti dulu dan Alhamdulillah rasanya tak silap aku memang sama seperti dulu. Cuma tekstur maggi tu je rasanya tak seperti dulu. Aku rasa maggi akhir akhir ni makin halus berbanding sebelum ni. Tak tahu la perasaan aku ke apa tapi aku rasa macam tu la waima maggi kari pun sama teksturnya. Lepas ni confirm aku akan beli maggi tomyam ni lagi sebab rasanya sama macam dulu !! Yay.. Terima kasih Maggi Malaysia sebab mengeluarkan kembali maggi tomyam pes ni. 

Maggi dengan student berpisah tiada ye ! Zaman sekolah menengah dulu antara yang wajib ada kat asrama ni maggi. Biskut jarang sangat sebab waktu supper pun memang makan biskut. Jadi bila teringin makan maggi ambil air panas kat dewan makan bawa naik bilik makan dalam gelap berbekalkan lampu kat luar bilik je sebab wajib tutup lampu jam 11 malam. Bila teringin sangat dengan air suam pun tibai juga. Tapi makan maggi ni bukan selalu, sebab duk asrama ni makan 4 kali sehari pun dah cukup kenyang dah. 

Bila masuk Uni pula memori yang paling aku tak boleh lupa adalah berebut maggi dengan bapak monyet ! Pengalaman yang aku tak boleh lupa. Kenapa sampai nak berebut dengan bapak monyet? Sebabnya masa duk Uni duit kena berjimat cermat dan waktu malam bila lapar, makan maggi la. Monyet kat UM banyak zaman aku. Sekarang dah tak de dah sebab dah kena tangkap dah. 

 

P/S: Korang dah cuba?


Tag : food
11 Comment for "Maggi Tomyam Kaw Pes Kembali Dan Menggamit Kenangan"

megi tomyum ni megi datang balik???
tak perasan plak kita bila dia 'menghilang'.... heheh
btw mi megi mcm dah kurang sket teksturnya kan!!

Makan meggi mmg menggamit kenangan, iaitu kenangan ketika belajar kat U dlu

dulu kalau maggie tomyam ni suka beli yg jenama ruski, dah lama kot tak beli. boleh try maggi tomyam pes yg baru ni. rasa kaw mesti sedap..hehe

Dah rasa dah yang ni. Memang sedap .

Wajib ada kat rumah. Agak agak berjaga lewat malam lepas tu rasa lapar, Maggie jelah peneman. Hehe

rasa tergelak untuk tahu siapa bapak monyet

oh ada yg baru ye...biasa makan maggi tomyam tp yg ada pes ni tk pernh tgk lg...tp lama dh la tk beli sbb slalunya beli maggi kari or ayam

Eh...maggi ni dah tamat pengeluaran ke...macam tak perasan plak...nanti bleh tgok balik la...

Maggi Tomyam pes memang paling sedap bagi akak hahaha
rasa dan aromanya kawww! Sejak Maggi tukar yang pes kepada serbuk, akak tak beli dah sebab kurang sedap.
Lepas ni boleh carilah 😊

Dulu pernah rasa tapi lupa pes atau serbuk. Pes mesti sedap lagi kan berbanding serbuk.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top