You don’t have to be big. You have to be remarkable

Naura Jatuh Lutut Luka Dalam


Naura Jatuh Lutut Luka Dalam

 

Assalamualaikum... 

 

6 Januari Naura jatuh atas simen tak rata dan ini juga kali pertama kali dia jatuh dan luka agak dalam. Masuk rumah terus cuci luka Naura dan pakaikan plaster je. Ubat antiseptik tak de. Masa ni aku tak nampak pun luka dia macam dalam.  Naura kalau meraung mau satu bangunan. Offer susu tak nak, ais krim tak nak. Nak beriba dan akhirnya tidur dalam esakan atas riba aku. Terus aku rasa diri aku ni macam ibu tak guna pula bila anak dah jatuh macam tu. Tapi kalau tak jatuh macam mana nak rasa erti sakit tu semua kan. Aku dulu pun jatuh luka dalam juga tapi masa tu dah sekolah. Menahan sakit sendiri tak nak bagitau mama papa sebab aku takut kena jahit. Lol. Sudahnya jadi parut timbul macam keloid tu. Bak kata mama ' budok buas boleh sakit '.


Hari ni pun masih sakit lagi kaki dia. Tapi much better. Masih pakai plaster lagi. Dan aku dah beli losyen kuning kat farmasi dan kebetulan kain kasa pun ada tapi tak ok pula bila aku pakaikan pada Naura sebab bila nak tanggal tu tertarik sekali dengan kulit yang kering tu. Mana tak meraung budak tu. Bandage pun aku tak pakaikan dah sebab tebal sangat dan besi tu pun dah selamat patah dah cangkuknya. Semalam pun aku DIY je stoking yang dah tak guna potong untuk jadikan ala bandage untuk pastikan plaster kat lutut tak tercabut sebab Naura ni bukan boleh duk diam. Main sepak bola, kayuh basikal, sepahkan rumah. Tapi bila tiba masa nak mandi mula la drama dia. Pedih kan. 

Harap dua tiga hari ni ok lah. Bila dia sedar kaki dia sakit, mula la drama orang sakit kaki keluar. Sakit kat lutut tapi macam tapak kaki yang sakit. Korang boleh bayangkan tak macam mana dia jalan? Tapi bila unconsious minds take place elok je berlari, sepak bola, duk melasak. 

 

P/S: Simpan sini sebagai kenangan 'nanieydom'. Kalau cerita kat mama ni mama cakap macam macam lagi nak kena tempuh nak besarkan anak ni. 


 



10 Comment for "Naura Jatuh Lutut Luka Dalam"

mcm2 kenangan.. gitulah.. kalau time ingat sakit kaki x leh nk jalan kan. bila time x ingat melasak bukan main

alahai sian naura..
terasa peritnya luka dia tu..

semoga cepat sembuh..
ank sy pon kuat drama kdg2..
kalo jatuh sakit skit tp drama je lebih..
kdg2 sy melayan kan aje.. hihi
kita pon join drama skali..

semoga cepat sembuh ye Naura..biasa la nak membesar kan kena lasak sikit..nowdays anak lelaki dan anak perempuan sama- sama lasak...

Alaa siannya Naura..
harap cepat sembuh..

Alahai sian Naura.

Harap cepat sembuh ye.

Yelah kan time nak main hilang kejap sakit hehehe

Allahuakbar besar juga luka tu. Mahu tak meraung dia. Tapi tetap ada dramanya tu. Dapat bayangkan caranya berjalan kemain gaya sakitnya tu. kalau main tak ingat sakit. Hehe..
Naura kuat, semoga cepat sembuh lukanya. Aminnn...

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top