Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Best Ke Susu Kambing Muzdalifah

 Best Ke Susu Kambing Muzdalifah

 

 Assalamualaikum.. 

Aku dengan susu ni loya sikit. Macam tak boleh diterima oleh anak tekak. Susu kalau aku minum pun susu full cream kotak kecil yang budak tadika tu je. Sepanjang mengandung aku minum dua tiga kotak je susu. Jadi tak hairanlah kalau aku ada sakit tulang sebab kalsium dah diambil oleh baby.

 

Seminggu lepas, mama bagi Susu Kambing Muzdalifah ni. Aku dengar susu kambing je pun dah loya tekak. Biasalah dari kecil aku dah dengan orang duk cakap kambing ni panas, kambing ni hamis susunya. Mama suruh minum kot baby boleh turun kuning tapi nurse dah bagitau elakkan dulu susu kambing sebab baby masih kuning.  

KHASIAT SUSU KAMBING MUZDALIFAH

 
  • Merupakan minuman sunnah (susu kambing) di campur dengan makanan sunnah (kurma)
  • Dapat menghilangkan sakit lutut
  • Dapat mengelakkan penyakit gastrik
  • Dapat menguatkan tulang kerana susu kambing tinggi kalsium
  • Bertindak sebagai agen metabolik yang baik
  • Baik untuk kesihatan jantung
  • Menghalang keradangan
  • Meningkatkan kesihatan kulit
  • Mudah dihadam
  • Meningkatkan kesihatan otak
  • Menghalang anemia
  • Dapat seimbangkan tahap pH dalam badan
  • Boleh diminum oleh mereka yang ada masalah 'lactose intolerants'
  • Bagus untuk kesihatan rambut
  • Susu kambing lebih baik daripada susu lembu

 

REVIEW SUSU KAMBING MUZDALIFAH


Sebagai menghargai kasih sayang mama yang berusaha bagi menantu ni makan minum terbaik sepanjang pantang aku cuba telan susu kambing ni juga. Waduh.. Lepas bancuh tu aku tengok pun dah loya. Bukan sebab susu kambing tapi any susu putih ni macam susah nak telan. Kalau kopi susu, teh susu tu boleh lah telan. 

  1. Lepas bancuh aku cium bau susu ni. Alhamdulillah tiada bau pun. Standard bau susu biasa je bagi hidung aku
  2. Rasanya ok je dan mudah ditelan oleh tekak aku, sebagai seorang manusia yang tak minum susu ni. Yay boleh telan dan rasanya tak de rasa manis or tawar pun. Just rasa macam susu. Macam mana eh nak describe 😌 
  3. Yang bestnya tiada campuran gula. Bila tiada campuran gula ni memang baguslah untuk kesihatan. Orang yang ada kencing manis pun boleh minum juga tau. 
  4. Susu kambing ni ada campuran kurma dan badan di mana kurma dapat memberi tenaga kepada tubuh dan boleh menurunkan kolestrol dalam darah serta baik untuk ibu yang mengandung dan bersalin. Manakala badam pula merendahkan risiko darah tinggi dan serangan jantung serta membantu menghalang kereputan tulang. 
  5. Harga mampu milik - 1 kotak ada 15 sachet RM26. 

 Repurchase? Maybe. 

Hari tu masa check up doktor tanya ada minum susu tak. Aku cakap tak ! Terus kena ceramah dalam bilik doktor tu. Hehe.. Doktor tu bagitau dia pun tak suka susu tapi dia beli susu soya bancuh tu. Balik dari KK tu terus aku check kat shopee dan facebook. Tadi susu soya dah sampai tapi aku belum minum lagi. Nanti aku review susu soya tu pula ye. 

Memang tak dinafikan susu penting untuk tulang. Sekarang mungkin tak rasa sakit lagi tapi akan datang macam mana pula kan? Bila menyusu baby, susu sangat penting untuk ibu sebab nanti baby 'curi' kalsium dari ibu, kata doktor.


P/S: Menunggu parcel yang tak sampai sampai lagi dari semalam.





2 Comment for "Best Ke Susu Kambing Muzdalifah "

Tak penah minum ni
ada kurma.mestii sedapp

bestnya ada makanan sunnah lagi. susu kambing mmg byk sgt khasiatnya nak try la nanti

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top