You don’t have to be big. You have to be remarkable

Persiapan Berpantang

Persiapan Berpantang

 

Assalamualaikum 

Alhamdulillah hari ni hari kedua puluh. Eh kejap je rasa. Lagi 10 hari dah sebulan. Walaupun hari kedua puluh sakitnya masih belum hilang lagi. Sebut pasal berpantang ni aku memang tak buat persiapan berpantang pun kecuali makanan berpantang seperti sawi dan lobak putih. Kalau berurut dan bertungku tu memang aku tak cari orang pun sebab aku akan czer, tup tup dapat VBAC pula. Emergency VBAC. Kenapa? Boleh baca kat sini [ Pengalaman Bersalin Di Hospital Tunku Azizah

Kredit: Google
 

Masa bersalin Naura dulu aku beli Set Bersalin Afiat tapi sayangnya aku hanya guna Gel Mandian Serai Wangi dan Feminine Care sahaja. Yang lain semua aku tak usik dan akhirnya buang begitu saja. Membazir betul !  

Bertungku

Seminggu selepas bersalin aku bertungku sendiri je. Hari pertama Lurviey yang tolong tungkukan dan hari seterusnya aku buat sendiri je. Lurviey tolong bakar batu sungai untuk aku je. Best rasa badan bila bertungku ni. Habis angin keluar dari badan. Rahim pun cepat kecut. Masa check up kat KK, nurse tanya 'berurut ke? Rahim dah kecut dah.' Aku jawab belum berurut lagi. Bertungku je. Masa czer dulu mana dapat nak tungku tungku ni. Aku nak settlekan kuning baby dulu baru nak confirm dengan tukang urut.

Bengkung

Sebut pasal bengkung pula, aku memang tak guna bengkung bertali pun. Seminggu yang pertama tu aku guna bengkung czer dan 3 in 1 Postpartum Belt je. Masuk minggu kedua aku pakai girdle je la lagi mudah.

Pilis 

Pilis ni memang wajib aku pakai kat dahi. Aku guna jamu air mancur ni je. Masa bersalinkan Naura dulu pun memang aku pakai pilis ni. Aku suka bau pilis ni sebab aku akan ingat kat mama aku. Masa mama pantang dulu pun, mama guna jamu air mancur ni juga. Lagi satu yang ni murah, cuma kena bancuh sendiri la. Hehe.. 

Antara kebaikan pilis 

  • Mengurangkan pening kepala
  • Mengelakkan 'angin' yang boleh menyebabkan stress
  • Menyegarkan mata dan beri keselesaan pada ubun ubun
  • Melancarkan peredaran darah

Losyen Mustajab VS Tapel

Lurviey beli ada beli tapel untuk disapu pada perut sebelum pakai bengkung tapi aku prefer losyen mustajab lagi daripada sapu tapel. Aku beli losyen mustajab tiub hijau yang memang sesuai digunakan semasa berpantang. Bila pakai losyen tu, memang sedap rasanya kat perut ni. Mustajab betul !  Minggu pertama sangat azab bagi aku sebab rahim dalam proses nak kecut dan aku memang tak boleh tidur sebab tiba tiba je akan rasa sakit seperti contraction gitu. Stress betul aku rasa. 

Jamu 

Aku masih buntu sebab tak tahu nak makan jamu dan masih dalam proses nak mencari jamu. Selain jamu, lepas baby habis kuning nanti aku nak buat air kunyit aku. Dulu masa sebelum kahwin bila rajin aku buat la. [ Jamu Air Kunyit Untuk Cantik ] . Jamu apa yang best ye? 

Mandian Herba & Sauna

Mandian herba ni aku tak beli lagi. Aku nak beli kat shopee je nanti. Kalau dapat berendam dalam bath tub mesti best. Kind of me time gitu. Sauna pun aku belum buat lagi. Tengok ler nanti macam mana. Sekarang ni aku kena tahu baca timing baby sebab tak menentu masanya. Dah perfect nanti baru boleh atur jadual nak bersauna. Lol.. Perlu ke? 

Makanan Berpantang 

Dalam pantang biasanya menu aku sama je. Minum pagi aku biasanya sama je setiap hari kecuali bila mama belikan something seperti apam beras dan apa yang sesuai untuk aku makan. Tak berani aku nak makan suka hati takut baby kembung perut. Lunch dan dinner aku pun lauk sama je dan snacking aku biskut atau roti jagung bersama kopi o. Yang berasaskan coklat aku tak ambil sebab takut sembelit.

  • Sup Sawi dan Lobak Putih
  • Sawi Masak Bening 
  • Pak Choy Stir Fry
  • Salmon Grilled With Garlic
  • Ikan Jenahak Steam Chinese Style
  • Bawang Putih Crispy (beli yang dah siap je)
  • Daging Bakar - beli siap
  • Hati Lembu Dan Limpa Masak Lada Hitam - mama masak
  • Sup Ikan Merah 
  • Aglio Olio Salmon Grill
  • Biskut Jacob
  • Roti Jagung
  • Kopi O
  • Oren/Epal hijau (biasanya aku campur 2 buah ni buat jus)
  • Repeat

Ubat Sembelit

Penting ye untuk ibu ibu yang baru bersalin membuang tanpa rasa takut. Mau tak takut kalau kau bersalin sampai koyak lepas tu kena jahit. Silap silap boleh terbuka jahitan tu. Alhamdulillah bersalin kali ni aku tak de masalah sembelit. Masa Naura dulu azab ye. Walaupun aku guna ubat sembelit (Lactul) tetap tak berkesan ye. Nasib baik jahitan czer aku tak terbuka. Masa bersalin Naura dulu setiap hari aku makan biskut Oat Crunch Dark Chocolate. Tu la penyebab sembelitnya.  Hehe.. Jadi tak sempat pun aku beli ubat sembelit kali ni. Smooth je membuang kali ni. Alhamdulillah.. 

Ubat Luka 

Ubat Luka perlu tak? Masa doktor jahit aku dalam LR hari tu, doktor bagitau tak perlu letak ubat luka pun. Cukup hanya cuci dan berendam dengan air garam sahaja. Berendam air garam selama selepas bersalin atau sitz bath ni boleh dilakukan selama 10-15 minit setiap hari selama 2 minggu. Pedih tak? Awalnya aku ingat pedih tapi sebenarnya tak pedih langsung walaupun luka masih belum baik. Ubat luka kuning aku beli kat farmasi sebab aku tengok luka aku macam tak berapa ok dan aku takut juga sebab tak sanggup andai kata nak kena jahit semula. Alhamdulillah ok je sebenarnya. Pertama kali kan? Jadi rujukan aku adik aku la sebab dorang berdua bersalin normal.

 

Rasanya bulan ni entri aku ni berkaitan dengan bersalin dan pantang gini senang nak rujuk akan datang kalau aku nak bersalin lagi. Eh..


P/S: Esok nak minta Lurviey settlekan pendaftaran baby kat JPN. Lusa ke KK pula.



Tag : nanieydom
7 Comment for "Persiapan Berpantang "

Selamat berpantang
semoga ibu dan baby sentiasa sihat

Wahhh bagus ni
Lengkapp berpantang
pemakanan penting
kalau dulu ciknur arwah mak memamg pentingkan pantang
semua ikut.paling x thn
kena.tamatkan 44 hari baru blh jenguk dunia luar he hee kecuali time g klinik tu kejapp la

Selamat berpantang Naniey. Saja nak share Kak Sue dulu berpantang 100 hari, semua ikut cara orang Jawa jenuh jugak habaq hang.. hehehe..

Selamat berpantang!

Uish! panjangnya list!

Wahh.. Bestnya berpantang.. hehe

Saya tengok menu berpantang tu macam nak try jugaklah.. Mana tahu t kuruss..kan.. Moha sihat ye mak dan baby..

selamat berpantang naniey jaga diri bebaik ye

ammi lepas czer bertungku dan berurut juga. cuma urut tak kacau kat area perut langsung..makcik tu urut utk pecah2kan angin, kendurkan urat kat pinggang, leher jelah. rasa lega.

bengkung masa tu ammi mmang tak pakai langsung sbb tak boleh pakai. pakai tak sampai 10 minit dah rasa putus nyawa..rupanya mmg ammi ada masalah jantung yang baru tahun 2018 ammi trace. hmmmmm kalau tak mesti nak slim shady curvy badan ahakssss

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top