You don’t have to be big. You have to be remarkable

Putu Piring Abah Setapak Sangat Sedap


 Putu Piring Abah Setapak Sangat Sedap 


Assalamualaikum... 

 

Semalam balik dari HTA, check up Aryan terus singgah kat area Taman Setapak Indah sebab nak cari Putu Piring Abah ni. Sementara nak tunggu masak untuk lunch semalam jadi beli putu piring buat alas perut dulu. 

Putu Piring Abah ni terletak di Jalan Taman Setapak Indah berdekatan dengan Uptown Danau Kota. Kat sini memang port aku beli makan. Sekarang tak meriah macam dulu. Banyak kedai tepi jalan ni dah tutup dan berkemungkinan disebabkan dengan kenaikan harga barang. 

Putu Piring Abah ni ada banyak tempat cuma aku tak pasti kat mana lagi selain di Setapak, Nilai dan Sepang.Ada banyak pilihan perisa putu piring ni dan semestinya pilihan aku perisa original, iaitu gula melaka. Selain putu piring ada juga pau. Lurviey suka beli pau kat sini. 

Memang puas hati dapat makan Putu Piring Abah ni. Sedap, cukup rasa, lembut, lemak lemak manis rasanya.  Setiap kali beli mesti beli 2 set. 1 set ada 5 keping. Mana cukup untuk 2 orang makan 😁

HARGA PUTU PIRING ABAH SETAPAK 

 

Harga putu piring ni sangat murah dan sedap. Memang berbaloi. Kalau kat Kelantan banyak orang jual putu halba. Korang suka putu halba? 

 

P/S: Hari ni check up KKIA pula. 2 minggu lagi appointment di HTA lagi. 


Tag : food
1 Comment for " Putu Piring Abah Setapak Sangat Sedap "

putu piring original la paling kena ngn tekak..
selalu nya cr putu piring kat pasar malam.. hihi..
alahai lama xjejak kaki ke pasar malam..

lain2 perasa tak pernah try.. sedap ke x..
hipstur jgk kadang2.. haha

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top