You don’t have to be big. You have to be remarkable

Inai Rambut Eagles Hair Henna Dye

 

Inai Rambut Eagles Hair Henna Dye


Assalamualaikum... 

Selain pewarna rambut Garnier, aku pernah guna pewarna rambut Shurah. Kedua dua jenis pewarna rambut ni aku suka dan cara guna pun sama. Cuma kalau nak banyak pilihan warna korang boleh beli Garnier. 

Kenapa warnakan rambut? Aku punya masalah bila semakin remaja bangka ni rambut dah mula beruban. Ikut genetik papa, muda lagi dah beruban di tambah dengan stress lagi la cepat beruban. 😕 . Minggu lepas masa aku scroll beli barang kat shopee tetiba aku ternampak Eagles Henna ni. Papa pernah guna dulu masa kerja sebab rambut tak boleh beruban dan kena sentiasa kemas. Aku ingat lagi, mama yang sapukan inai kat kepala papa. Aku pun terus add to cart dan checkout bersama barang lain yang aku beli. 

 

Review Eagles Hair Henna Dye

 

  1. Ada tiga pilihan warna, black, brown & chestnut tapi kat seller yang aku beli ni tiada chestnut
  2. Harga murah RM6.40/box. 1 box ada 6 pek. 1 pek boleh guna seluruh rambut jika rambut pendek. 
  3. Warna serbuk hijau gelap dan baunya seperti bau daun inai pokok.  Senang dibancuh. 
  4. Cepat dan tak perlu tunggu lama seperti pewarna rambut yang aku guna sebelum ni. Dalam 10-15 minit dah siap. Hilang warna uban yang putih tu. Puas hati ! 
  5. Tiada bau seperti pewarna rambut yang aku pernah guna. Bau seperti inai pokok. 

Highly recommended. Aku teringin nak buat kat salon muslimah yang warna merah hijau biru kuning tu tapi kekangan masa dengan anak kecil lagi, memang a big NO NO la. Nengok je la mampu. Harga pun boleh tahan juga. Bila difikir kali kedua ketiga, memang tak boleh buat juga warna tu, kang bernanah telinga dengar ceramah dari mak aku. Terkejut juga kang mak mentua aku tengok rambut colourful aku 😱. 

Ok la sekian sahaja review aku. Kalau sesiapa yang mencari Inai Rambut yang berkesan, murah dan mudah digunakan, korang boleh guna Eagles Hair Henna Dye ni sebab lebih mudah digunakan daripada Garnier atau Shurah. 


P/S: Sedihnya tak dapat bawa Naura ke Quill City Mall jumpa Didi n Friends hari ni..



0 Comment for "Inai Rambut Eagles Hair Henna Dye"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top