You don’t have to be big. You have to be remarkable

Fresh Flower Murah Cameron Highlands

 

 Fresh Flower Murah Cameron Highlands 


Assalamualaikum... 

Sebelum bersalin hari tu, hati aku ni teringin nak fresh flower. Membuak buak rasanya nak beli fresh flower then letak kat dalam pasu atas meja. Seminggu sebelum raya aku order la red roses kat shopee. Malangnya order aku tak sampai dan delivered kat rumah orang lain. Geram pula aku bila aku request return refund katanya nak refund. Tup tup semalam sampai setelah sebulan. Bunga tu pun dah kering rosak. Sakit betul hati aku.

Then masa pergi CH aku beli walaupun mahal. Lagi murah aku beli kat shopee. 5 kumtum RM35 yang siap gubah. Aku nak yang tak gubah tapi tak de. Kat shopee 10 kumtum harga lebih kurang RM24 termasuk penghantaran. Murah kan? Ni kali ketiga dah aku orang kat shopee fresh flower ni. Kali ketiga ni aku beli purple roses. Cantik pula bila tengok depan mata. 

Dalam video kat bawah ni, orange pink roses. Memang cantik sangat. Kalau dah bosan tengok red roses boleh order warna lain. Ada macam macam warna. Tapi aku pelik kenapa yang warna merah tak de bau tapi warna orange pink dan purple bau sangatlah wangi dan menenangkan jiwa. 

Review Fresh Flower Dari Shopee Flowerishh_🌸

  1. Servis daripada seller sangat tip top. Respon sangat pantas sekiranya korang ada pertanyaan.
  2. Seller guna servis courier JNT dan Citylink. Aku prefer JNT sebab Citylink area kawasan aku ni memang bermasalah. Barang terlalu lama pending kat branch. Postage dengan JNT setiap Selasa, Khamis dan Ahad. Manakala Citylink setiap hari Isnin, Selasa dan Khamis. 
  3. Bunga memang fresh dan setakat ni aku terima bunga dalam keadaan yang sangat baik dan tanpa ada kerosakan. Seller ada letak urgent delivery dan item mudah rosak pada parcel. 
  4. Kapas basah diletakkan pada hujung batang untuk menjamin kesegaran bunga. Jaring diletakkan pada kelopak bunga agar tidak rosak.  
  5. Harga fresh flower sangat murah di shopee berbanding seller lain.

Aku kalau kedai bunga dekat memang aku pergi beli direct je kat kedai bunga sebab kadang kala menunggu tu sangat menyakitkan jiwa dan raga. Selagi belum sampai, selagi tu aku duk intai kat luar pintu sampai Lurviey pun rasa annoying aku duk merungut parcel tak sampai lagi. Lol 😂 

Masa pergi Melawati Mall hari tu sempat la aku beli bunga ni. Bila check google lense namanya Chrysanthemum xgrandiflorum. 3 kumtum comel ni harganya RM20 dan memang tahan lama daripada bunga ros. Next time kalau pergi Melawati Mall aku nak beli lagi. Walaupun tiada bau tapi bunganya cantik. 

Yang nak buat hand bouquet untuk majlis kahwin or tunang boleh la order kat sini 🠊 https://shope.ee/8zQnvNwxkm


P/S: Teringin nak beli bunga Lily tapi harga boleh tahan 😜



8 Comment for "Fresh Flower Murah Cameron Highlands "

cantik sgt chrysantymum tu.. selalu tgk kaler kuning je

Eh ehh.. cantik.. Tibber terringin pulakkk..Sesekali beli..nice gak eh

Akak pun suka...dulu pernah la buat kerja giler selalu beli fresh flower...skrg je sejak sibuk memang susah nak jaga...harap si Adam je la hantar hahahahaha...

wah bestnya.. tentu wangi aje kan.. tak sangka fresh flower ada juga jual kat shopee

Rasa tenang sangat kalau dapat hidu aroma bunga ros. Memang ada bunga ros tanpa aroma ye?

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top