You don’t have to be big. You have to be remarkable

Kira Kira Sebelum Beli Kereta

 Bila Masa Yang Tepat Untuk Tukar Kereta

 

Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah dah masuk fasa endemik ni, dapat dilihat sektor ekonomi semakin pulih selepas dua tahun berhadapan dengan pandemik Covid-19.


Lurviey ada bagitau plan nak beli kereta satu lagi memandangkan anak dah dua ni mudah nak gerak balik kampung nun di Kelantan sana. Sekarang ni memang guna 4wd je nak bergerak ke mana mana dan balik kampung. Jadi keselesaan dan keselamatan anak penting sebab perjalanan balik kampung agak jauh.  Angkut barang nak balik kampung pun mudah boleh letak banyak barang cuma ada beberapa faktor perlu diambil kira sebelum beli kereta baru ni bukan main beli je.

Kenyataan rasmi bahawa kerajaan tidak akan melanjutkan insentif pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) untuk pembelian kereta baru telah dikeluarkan dan ianya merupakan salah satu faktor yang perlu diambil kira. Dalam kenyataan yang dikeluarkan minggu lepas turut menyebut bahawa sejumlah 264,000 unit kenderaan yang ditempah di dalam tempoh pengecualian tersebut masih belum siap proses pemasangan di kilang dan tidak dapat diserahkan kepada pembeli - Paultan.Org

Kenaikan harga minyak juga menjadi salah satu faktor yang perlu difikirkan sebelum beli kereta terutamanya jika korang menjadikan kereta tersebut sebagai kenderaan ulang alik ke tempat kerja setiap hari. Boleh bocor poket kalau dapat kereta yang 'makan' minyak banyak. Jadi sebelum memutuskan untuk beli kereta sama ada kereta baru atau kereta terpakai, kita semak dulu bajet kewangan kita. 

Kredit: Financial Express
 

Kira Bajet Belian Kereta Dengan CarPay Calculator

Sebelum buat pembelian kena buat kira kira dulu dengan kalkulator CarPay ni supaya nanti tak terkial kial nak memikirkan bayar pinjaman setiap bulan. Bila dah ada komitmen loan ni, wajib bayar supaya tak pening kemudian hari. Bila ada tunggakan nanti diri sendiri yang sakit kepala. Nak beli kereta ni kena tengok poket juga. 

Dengan CarPay ni kita boleh check bajet ikut harga kereta  atau berapa bajet maksimum yang kita mampu untuk keluarkan setiap bulan. 

Contoh pengiraan mengikut bajet bulanan yang mampu dibayar : 

 

Katakan bajet bulanan yang mampu dibayar RM600 dengan rates 3% dengan down payment sebanyak RM3500 dan tempoh pinjaman selama 9 tahun, harga maksimum kereta yang boleh dibeli adalah RM60,000. Dengan bajet yang ada ni boleh la senarai pendekkan kereta apa yang harganya sekitar RM60k dan juga pro dan kontra setiap kereta tersebut.  Atau.. 

Contoh pengiraan mengikut jumlah pinjaman yang korang nak apply :


Katakan pinjaman RM60,000, down payment RM6500 dan rates 3% selama 9 tahun. Jumlah bayaran bulanan adalah RM565.87. Kalau kena bajet boleh terus proceed loan. Mudah kan nak kira kira ni.  

Korang boleh tengok jadual pembayaran hutang kenderaan

 

Kat jadual ni boleh track pembayaran dan juga ekuiti kenderaan. Mudah kan nak kira kira sebelum beli kereta. 



P/S: Tetiba teringat zaman Uni dulu atap kereta bocor, lepas tu berhenti tepi jalan dengan Lurviey tampal salotape je. 😂



3 Comment for "Kira Kira Sebelum Beli Kereta "

kereta dah jadi barang keperluan untuk orang bekeluarga

mmg byk kena fikir sblm beli kete..
tp kete kira keperluan dh skrg ni..
aduhla.. penat nk fikir.. haha

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top