You don’t have to be big. You have to be remarkable

Kopi Sedap Di ZUS Coffee

 Kopi Sedap Di ZUS Coffee 


Assalamualaikum... 

Sejak dah cuba kopi di ZUS Coffee terus tak beli signature coffee di Tealive dah. Sebab apa? Sebab kat ZUS Coffee ada salted caramel. Masa 3rd trimester hari tu kerap juga aku minum kopi sebelum aku kena buat BSP setiap hari tu. Kopi memang boleh buat mata aku segar bila mana aku ada kerja yang perlu aku selesaikan waktu malam. 

 

KOPI APA YANG SEDAP DI ZUS COFFEE

  • Ice Spanish Latte - add on Expresso Shot
  • Salted Caramel Frappe
  • Salted Gula Melaka Frappe - add on Expresso Shot 
  • Iced Hazelnut Choc
  • Butterscotch Strawberry Frappe 
  • Sakura Rose Frappe
  • Iced Vanilla Latte - add on caramel drizzle
  • Japanese Matcha Frappe

Minuman di atas adalah pilihan warga twitter.

Kopi pilihan aku kat ZUS Coffee adalah Hot Caramel Macchiato dan Hot Caramel Latte. Kalau kopi aku prefer kopi panas. Aku pernah beli sekali Ice Caramel Macchiato kat ZUS dan rasanya memang tak sedap dengan tekak aku. Any coffee aku prefer hot coffee. Jarang jarang sangat aku order iced.

Biasanya bila beli ZUS Coffee, aku akan add on Salted Caramel Syrup dan ianya bergantung pada barista yang buat juga. Kadang termanis dan kadang macam tak letak caramel syrup tu pun. Setakat ni aku pernah sekali dapat kopi yang tak sedap sebab termanis. Nak muntah pula sebab kopi kan pahit pahit.

Nanti aku nak cuba ZUS Spanish Latte pula memandangkan kat twitter aku tengok ramai yang suggest try spanish latte tu. Korang pernah cuba ZUS Coffee? Apa minuman fave korang kat ZUS Coffee?

 

P/S: Next time nak cuba Coffee Bean pula. Tak berkesempatan nak cuba lagi.

 

 

Tag : food
7 Comment for "Kopi Sedap Di ZUS Coffee "

Banyak betul Zus ni kan? Merata2 ada

Betul..betul..betul..memang sedap

minat kopi minat teh tapi nak kurangkan gula..payahla kan

Kak nanieyy Beli spanish latte tu. Spanish latte itu menurut saya yang paling sedap hehehehe.

Pernah try.. sebab ada org belanja.. For the first time la tu try ZUS... tup tup perut sakit.. sampai muntah baru ni... Haha

X tahu la apa yg tak kena aagaknya dgn perut.. Habis segala air ZUS tu terkeluo semula.

mama dah 4 kali belli kat zus coffee.. haha sedap kan

saya juga suka minum kopi kerena khasiat yang tersendiri

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top