Assalamualaikum....
Ujian ABR di Tukar Ke VRA | Hari tu dapat whatsapp maklumkan mesin untuk buat ujian ABR rosak dan nanti dorang akan maklumkan tarikh baru. Tarikh yang aku dapat ni adalah memang tarikh asal temujanji cuma prosedur dan tempat ditukar.
![]() |
| ABR kena puasa |
Aku ada tanya kat audiologist kenapa Aqeel kena buat ABR sebab sebelum discharge dah buat hearing test dah dan Alhamdulillah lulus. Respon audiologist tu
Untuk makluman puan, semua bayi yang duduk di wad dalam tempoh melepasi 2 minggu, perlu menjalani ujian diagnostik untuk tahu tahap pendengaran. Kerana , bayi yang duk di wad lama kebanyakkannya terdedah kepada bunyi incubator yg bising, ubat antibiotik dan beberapa faktor lain yang memerlulan pemantauan selanjutnya.
![]() |
| VRA tak perlu puasa. |
Semalam dapat whatsapp untuk ujian pendengaran Aqeel tapi tak buat ABR. Di tukar ke VRA/Play. Pagi tafi aku call HTA nak confirmkan tempat kat mana.
Visual Reinforcement Audiometry (VRA) is a behavioral hearing test for children aged 6 months to ~3 years, using illuminated, animated toys or screens to reward head-turns toward sound, often facilitated by two testers. It determines ear-specific hearing thresholds via speakers or headphones.
Harapnya semua baik baik sahaja untuk Aqeel. Yang aku perasan masa mula mula Aqeel balik rumah dia kurang respon kalau panggil. Sekarang kalau dengar bunyi yang sangat kuat jadi macam sensitif pula telinganya. Apa pun next week baru boleh tahu segala test ni 😁.



0 Comment for "Ujian ABR di Tukar Ke VRA"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)