Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Lepas Hajat Lempeng Dan Kari Ayam

 Assalamualaikum .. 

Lepas Hajat Lempeng Dan Kari Ayam | Hajat yang tertangguh baru dapat selesaikan hari ni. Sibuk dengan hal sekolah Naura dan aku mencari masa yang sesuai untuk masak hantar kat surau atau masjid. 

Ai gemini dengan prompt hasil gabungan dua gambar dibawah 😂. Siap kekalkan watermark lagi. 

Plan asal roti jala tapi tempah la bukan aku buat. Aku memang fail buat roti jala dan tak berminat nak 'cuba' buat lagi. Memandangkan nak jamu lepas subuh Lurviey bagitau buat lempeng dan kari ayam kentang je. 

Balance untuk makan sendiri. Isi terlalu banyak tapi kuah pula sikit 🫣

Kari ayam aku masak sebelum tidur. Pukul 2 pagi baru siap. Tak pandai nak agak tapi aku guna tiga per empat ayam dan bila potong kecil memang banyak dan penuh periuk. Lempeng aku buat selepas Subuh. Memang berkejar juga sebab nak kena siap 7.30 pagi macam tu. 

Separuh adunan yang dah siap (500g tepung) 

Settle juga sekilo tepung aku buat lempeng kosong. #proudme . Yang penting semua habis. Alhamdulillah. Next fikir menu lain pula dan andai kata nak buat benda yang sama kena buat awal sikit tak de la kelam kabut aku. Dan aku prefer untuk buat makan lepas Isyak jadi petang tak berkejar kejar sangat nak masak. InshaAllah 

Tag : emovere
0 Comment for "Lepas Hajat Lempeng Dan Kari Ayam"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top