You don’t have to be big. You have to be remarkable

Bakar Diri, Masalah Kesihatan

Salam Semua...

Sementara menanti nak bersiap, ushar berita dlu.. Macam biasa Kosmo la aku bukak sbb senang.. Kejap je da keluar berita.. Yang lain lambat sikit.. Ok la.. Hari ni topik artikel yang jadi pilihan aku Bakar Diri Guna Petrol.. Biasa la bile berada dlm keadaan tertekan tahap kewarasan dan kerasionalan tu kurang sikit sehingga bertindak di luar batasan. Ramai orang yang tertekan zaman skang tapi tak thu cara bagaimana untuk mengatasi tekanan tu. Korang baca la berita kat bawah ni..

Kosmo!

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga emas yang tertekan dengan masalah kesihatan disyaki bertindak membakar dirinya sendiri menggunakan petrol dalam kejadian di Projek Perumahan Rakyat Desa Rejang di sini kelmarin.
Kejadian tersebut disedari penduduk pada pukul 8.40 selepas terdengar jeritan meminta tolong daripada Sow Kim Tan, 81. Mangsa membakar dirinya di tepi sebuah longkang dekat perumahan tersebut.
Jurucakap polis memberitahu, siasatan di tempat kejadian menemui sebiji botol bersaiz 1.5 liter dipercayai digunakan mangsa untuk mengisi petrol.
“Botol yang turut terbakar itu ditemui berdekatan mayat mangsa. Siasatan awal mendapati mayat mangsa terbakar hampir 80 peratus,” katanya yang mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.
Sementara itu, anak mangsa, Soo Ah Chuan, 51, memberitahu, bapanya bertindak demikian selepas tertekan dengan pelbagai penyakit yang dihidapinya seperti gout, sakit sendi dan kencing manis.
Katanya, bapanya pernah memberitahu yang dia tidak tahan menanggung penyakit itu.
“Sebelum kejadian, bapa ada memberitahu yang dia hendak membeli petrol dengan mengayuh basikal tetapi tidak sangka dia akan bertindak demikian,” ceritanya yang berada di rumah ketika kejadian itu.

Sumber: Kosmo Online

P/S: Hidup skang semua nk duit.. Lagi2 nak tanggung kos kesihatan. Bukan murah.. Nk beli ubat..
0 Comment for "Bakar Diri, Masalah Kesihatan"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top