Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Sushi Mentai Haram ?!

 Assalamualaikum ... 

Sushi Mentai Haram | Tertarik nak kongsikan tentang Sushi Mentai ni sebab kebetulan scroll kat thread nampak benda ni. Dulu teringin juga nak try tapi aku dengan Lurviey bukan reti order pun nak masuk restoran Jepun atau Korea. Takat makan Sushi yang kat Aeon tu boleh la atau Empire Sushi yang terjamin halalan toyyiban sebab memang ada sijil halal. 

Kredit : Thread Fazfadzil

Straight forward je screenshot dari thread untuk perhatian korang yang suka makan sushi terutamanya Sushi Mentai. 


Di petik dari facebook Humaira Global Management & Services : 

Kenali MIRIN: Bahan Masakan Jepun yang Boleh Menjejaskan Status Halal Produk Anda

Pernah dengar tentang Mirin?
Ia sejenis bahan perasa manis yang popular dalam masakan Jepun, digunakan untuk beri rasa umami dan kilauan. Namun, Mirin berisiko mengandungi alkohol tinggi hasil fermentasi ➝ isu utama dalam pensijilan Halal!

3 Jenis Mirin & Kandungan Alkohol
  1. Hon Mirin – Alkohol tinggi
  2. Shio Mirin – Ada alkohol + garam
  3. Shin Mirin – Alkohol rendah (<1%)

Kenapa Jadi Isu Halal?
  • Jika mengandungi alkohol yang kekal dan tidak berubah
  • Digunakan dalam kuantiti ketara
  • Boleh jadi najis & haram
Antara Produk yang Mungkin Mengandungi Mirin:
  • Teriyaki Sauce
  • Soy-based Sushi Sauce
  • Mi Segera Jepun
  • Bento (Frozen Meals)
  • Sos Perapan


Di petik dari laman Mufti Wilayah Persekutuan mengenai Sake.

‘Sake’ ialah sejenis minuman arak yang lazim dalam kalangan bangsa Jepun. Ia diperbuat daripada hasil penapaian kanji beras yang telah digilap untuk mengeluarkan dedak beras. ‘Sake’ dihasilkan melalui proses pembiran seakan bir di mana kanji ditukarkan kepada gula sebelum ia ditukarkan kepada alkohol.

Justeru, kami cenderung mengatakan bahawa ia adalah sejenis arak dan haram menggunakannya. Kita tidak boleh mengambil manfaat daripanya sama ada untuk tujuan makanan, minuman, perubatan kosmetik, minyak wangi dan lain-lain. Wallahu a’lam

Jadi guna face mask yang ada Sake tu pun harommmmm ye.. Aku pun baru tahu. Rasanya macam pernah beli zaman pak kaduk dulu.  Rasanya la.. 



Mencari yang halal itu adalah wajib bagi setiap orang Islam”. (HR Ibnu Abdil-Barr).

P/S : Kalau was was jangan beli... Kadang tengok orang beli kita pun beli dan tak pernah terfikir pun nak tengok sama ada ada sijil halal atau tak. Betul tak? 🫣
Tag : informasi
0 Comment for "Sushi Mentai Haram ?!"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top