Assalamualaikum
Nasi Goreng Sardin Viral Batu Muda | Semalam pergi ke Baker's Cottage nak cari Tiramisu Cake tapi dah habis. Yang ada semalam kek Black Forest je. Lepas tu terus gerak balik dan berpusing pusing la dalam taman tu fikir nak makan kat mana dan makan apa. Tekak teringin nak makan nasi goreng sardin. Dah lama tak beli Nasi Goreng Sardin Batu Muda. Terus call tanya ada lagi tak sebab dah jam 10 malam.
![]() |
| Landmark : Tepi jalan bersebelahan Durian 2U |
Alhamdulillah masih ada. Terus order nasi goreng sardin dan nasi goreng kampung (pedas). Naura dan Aryan nak makan sate. Call sate order tiga puluh cucuk sate dan nasi impit juga. Dah siap order by call, terus gerak ke Batu Muda berdekatan dengan Taman Koperasi Polis. Setiap kali nak ke tempat nasi goreng sardin tu mesti lalu kat Pizza Mendonia. Korang dah cuba Pizza Mendonia tu?
![]() |
| Kredit : Nasi Goreng Sardin - Nasi goreng kampung |
Sampai area tepi jalan tu tak nampak pula kedai nasi goreng ni sebab penuh kereta parking tepi jalan, rupanya ramai orang makan kat Durian2U tu. Banyak gila durian. Dah musim eh? Nampak promosi RM14.90 je Musang King semalam. Di sebabkan tak de parking terpaksa Uturn dan kena lintas ke seberang jalan nak ambil nasi goreng.
![]() |
| Kredit : Nasi Goreng Sardin |
Nasi goreng sardin dan nasi goreng kampung dia memang penuh melimpah. Rasanya mestilah sedap sebab tu repeat beli lagi. Harga RM7 siap ada telur mata. Bagi aku memang murah sangat sebab portion sebungkus nasi tu boleh makan dua kali atau dua orang. Nasi goreng kampung kalau dalam gambar ikan bilis asing, yang aku beli memang dah siap tabur atas nasi. Nasi goreng sardin dia mengingatkan aku 'rasa' nasi putih lauk sardin masa aku sekolah rendah dulu. Tau tak perasaan 're-experiencing' tu. 🙂. Dalam context ni perasaan positif tau bukan negatif.
"Re-experiencing" typically refers to the involuntary reliving of a traumatic event through intense memories, flashbacks, nightmares, or physical sensations, a core symptom of Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD) where past trauma feels like it's happening in the present. It's triggered by reminders (sounds, smells, situations) and involves vivid, unwanted intrusions of the event, complete with original feelings, sights, sounds, and physical reactions like a racing heart or sweating, making it hard to distinguish past from present.
Balik ambil sate dan terus balik rumah makan dan layan movie The Great Flood. Aku expect lebih sebab disaster movie macam ni memang aku suka tengok tapi tu la macam kecewa juga tengok movie ni.
P/S: Happy birthday to me yang ?!





0 Comment for "Nasi Goreng Sardin Viral Batu Muda "
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)