Assalamualaikum...
Main Buih Di Monkey Splash Zone Sungai Long Kajang | Happy betul Naura dan Aryan dapat ikut nenek jalan jalan tiga minggu lepas. Setiap kali adik ipar balik Malaysia memang akan jalan jalan dengan family. Kali ni di sebabkan percutian yang singkat dan last minute plan, mereka pilih untuk pergi Monkey Canopy yang terletak di Sungai Long Kajang. Mulanya mama plan nak ajak bercuti ke Pahang tapi disebabkan hujan tak menentu rancangan terpaksa di batalkan.
 |
| Wefie dengan Auntie Lilian otw ke Monkey Canopy |
Aku dengan Lurviey tak dapat ikut sebab Lurviey ada job kat Putrajaya keesokan harinya. Jadi aku lepaskan Naura dan Aryan dulu ikut nenek dan aunticles dorang. Dari awal hingga akhir gambar gambar ni semua dari biras aku, Lilian
 |
| MashaAllah cantik view. Kt: Lilian |
Monkey Canopy ni baru buka dan ramai yang kata Monkey Canopy ni macam Genting Highland wannabe gitu. But seriously kat sini memang banyak aktiviti. InshaAllah ada masa nanti aku nak repeat lagi ke sini sebab aku tak sempat join aktiviti pun. Datang untuk tidur je sebab adik ipar dah booking bilik.
Bilik sangat besar, selesa dan cantik. Masa aku datang ni pun hari tengah hujan jadi memang sejuk duk dalam bilik berhawa dingin gitu. Dalam bilik ada microwave dan mini fridge. Untuk bergerak daripada lobby atau tempat makan ke bilik perlu naik buggy.
Hari Kedua
Hari kedua dorang mandi kat Monkey Splash Zone. Kemain seronok dorang mandi. Nasib baik ada aunticles yang melayan karenah dorang.
 |
| Aunticles (Uncle Alan & Auntie Aini) melayan Naura & Aryan |
 |
| Ke main seronok ye |
 |
| Nasib baik Uncle jenis melayan je korang |
Tak sempat nak jalan jalan Dino Desert, Safari Escape Playland dan main Go-Kart di LYL International Karting Circuit sebab hujan sepanjang hari. Jadi inshaAllah, next year kita datang lagi kat sini.
 |
| In laws - Mama & 3 anak lelaki ☺️ |
Family photo sekeping sebelum gerak ke bilik masing masing untuk berehat. Badan dah penat dan mengantuk. Aku dengan Lurviey memang datang dinner, tidur dan breakfast sebelum checkout 😂. Yang penting anak anak happy dan terima kasih juga untuk mama, adik adik ipar dan biras yang sudi melayan kerenah Naura dan Aryan.
Monkey Canopy Resort
Lot 683, Jalan Persiaran Bukit Enggang Sg Long Hill, Sungai Long, 43200 Cheras, Selangor
P/S: Berapa hari je lagi nak habis tahun 2025 ni 💪🏼
0 Comment for "Main Buih Di Monkey Splash Zone Sungai Long Kajang"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)