Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Sup Suhun Pecah Telur

 Assalamualaikum... 

Sup Suhun Pecah Telur | Hari ni cuti umum jadi apa lagi, bermalas malasan waktu pagi plus puasa pula jadi relax je la. Sedang bermalas malas then dengar bunyi hon kereta mama. 

Terasa kemanisan buah mata kucing tu 😋

Mama baru balik dari Pasar Borong Selayang beli buah. Singgah bagi buah mata kucing dan buah epal. Nasib baik aku puasa. Kalau tak memang sekejapan je habis buah mata kucing tu aku tibai. Dalam rumah ni yang makan buah mata kucing aku je. Aryan tak makan banyak sangat, Naura sekadar rasa je la. Kalau buah epal tu inshaAllah sekejap je Naura dan Aryan habiskan. 

Nampak sedap pula 😂

Masuk dapur terasa malas kurang rajin nak masak lauk pauk untuk lunch hari ni. Tak tahu nak masak apa untuk anak anak. Jadi aku decide buat sup suhun pecah telur. Hanya memerlukan bahan yang mudah dan anak anak makan. Suhun, akar daun sup, lobak merah, fish ball, air secukupnya, chicken stock dan telur sebiji. Siap ! Naura dah dua kali tambah. Ok la tu kena dengan anak tekak dia. Aryan pula sekali makan je. Dia punya alasan " abang dah kenyang la mommy". Sepuluh minit kemudian "mommy tolong bukak papoyo (apollo) ni?". 

Aku rasa hari ni kemungkinan besar aku berbuka dengan sup suhun ni kot, andai kata Naura tak habiskan. Macam banyak pula aku masak tu. Aku tak reti nak agak letak suhun banyak mana. Selalu bila mengembang dah serap habis kuah. Adios... Selamat bercuti korang !! 


P/S : Alhamdulillah hari ni makin sihat dari semalam. 


Tag : food
0 Comment for "Sup Suhun Pecah Telur "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top