You don’t have to be big. You have to be remarkable

Resepi Popia Ayam Cendawan Mudah Dan Sedap

Resepi Popia Ayam Cendawan Mudah Dan Sedap | Popia Ayam Cendawan Campbells | Resepi Campbells | Resepi Minum Petang Mudah Dan Sedap | Popia Sedap Dan Mudah


Assalamualaikum 

Petang-petang fikir nak makan apa? Time balik kampung ni la nak bermesra dengan kuali periuk senduk kan. Dah balik KL tak de macam ni. Terperap dalam kotak empat segi macam penjara yang membosankan tapi selamat. Yang penting selamat dan privacy walaupun membosankan. So, hari ni buat Popia Ayam Cendawan memandangkan esok si bongsu dah nak balik Penang nak praktikal daa.. Cepat sungguh masa berlalu. Resepi untuk minum petang hari ni sangat mudah dan sedap! 

Bahan-Bahan
  • 1 tin Ayam & Cendawan Campbell
  • Setengah batang lobak
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 1 biji bawang holand - cincang 
  • 250g ayam cincang 
  • Sedikit lada hitam - ditumbuk 
Cara-Caranya 
  1. Tumis bawang putih dan bawang holand dan kemudian masukkan ayam. 
  2. Bile ayam dah masak masukkan lobak dan gaulkan.
  3. Kemudian masukkan ayam & cendawan campbell, gaul rata. 
  4. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi. Siap! (tunggu hingga sejuk) 
  5. Bila dah sejuk boleh buat popia dengan kulit popia. Bentukkan, goreng dan sedia di makan! 

Ni lah bentuknya lepas dah goreng. Tak perlu makan dengan sos pun, memang sedap sangat dah makan panas-panas waktu hujan. Nak lagi sedap boleh letak cendawan butang, sosej. Garam tak perlu letak dah sebab dah cukup rasa. Kalau nak lagi pedas letak la cili dalam tu. 


Selamat mencuba.. Esok nak cari ikan patin nak masak gulai tempoyak pulak.. Sedapnya.. Terbayang-bayang dah nih!
Tag : resepi
0 Comment for "Resepi Popia Ayam Cendawan Mudah Dan Sedap"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top