Special Offer

Review Citra Body Lotion Gift Set

Review Citra Body Lotion Gift Set | Review Losyen Citra | Losyen Pemutih Citra


Assalamualaikum

Kali ni nak review Citra Body Lotion pulak. Hari tu memang tengah cari body lotion baru dan biasanya kalau nak beli lotion ni memang saya nak lotion yang memang melembutkan kulit dan juga wangi. Kalau pakai mase tidur dengan bau wangi, tenang je rase. Macam bau baby johnson yang warna ungu tu. 
Mase tengah cari losyen ternampak la packaging  cantik ni. Murah pulak tu. Terus ambil. Sebelum ambil tu kire-kire jugak untung ke tidak. Dapat losyen 3, dapat bodywash dan free pouch. RM19.90 sahaja! Kebelakangan ni gile losyen pulak, rase nak membeli lotion je. Nasib la losyen citra set ni ada 3 boleh la tukar-tukar selalu.
  • Citra Body Wash Pearly White - Bau sangat wangi dan lembut. Banyak buih. Kandungan serbuk mutiara yang ada dalam mandian ni boleh mencerahkan kulit secara semulajadi dan gabungan ekstrak bungai teratai kaya dengan kandungan antioksidan dan boleh menjadikan kulit cerah dan bercahaya. Saya suka bau yang ni selain Palmolive Sensual. Repurchase? - Yes/No/Maybe
  •  Losyen Citra Mangir Jawa & Minyak Zaitun - Untuk kulit terasa lembut dan bercahaya. Bau yang ni nak kata wangi tak juga, bau macam minyak gitu. Khasiat mangir jawa dapat melembutkan dan merawat kulit serta memberi nutrisi pada kulit agar nampak cantik bercahaya dengan adunan minyak zaitun yang boleh membuat melembapkan kulit. 
  • Losyen Citra Mulberry & Minyak Biji Anggur -Losyen ni paling saya suka antara ketiga-tiga losyen dalam pack ni. Minyak anggur membuatkan kulit tampak muda dan terasa lembut. Losyen ni untuk penggunaan malam hari dan boleh meremajakan kulit. Ekstrak Mulberry membantu kulit nampak lebih putih. 
  • Losyen Teh Hijau Jepang & Daun Mint - Kalau sebut teh hijau, mesti tau kan bau produk yang ada teh hijau ni macam mane.. Wangi.. Khasiat teh hijau boleh mencantikkan kulit dan boleh menghalang radikal bebas dari menyerap masuk ke kulit. Paduan daun mint boleh menyegarkan kulit serta menyerahkan kulit. 
Repurchase? - Yes/No/Maybe

Roommate saya cakap beli yang bengkong memang boleh mencerahkan kulit. Nanti dah habis boleh try yang bengkoang pulak. Cerah alami tau. Bukan dua tiga minit pakai terus cerah. Lepas mandi back to normal. Tau kan? Kalau dulu famous dengan Losyen Red Pome tu. Boleh baca review saya kat [sini].



0 Komentar untuk "Review Citra Body Lotion Gift Set "

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top