You don’t have to be big. You have to be remarkable

Ketupat Sotong Kelantan Pemanis Mulut

 Assalamualaikum... 

Ketupat Sotong Kelantan Pemanis Mulut | Ye pemanis mulut bukan lauk tau. Ada sesetengah orang memang anggap ketupat sotong ni lauk dan bila makan mesti pelik kenapa lauk ni manis sangat wehhh.. Salah sorangnya adalah adik ipar aku. Aku ingat lagi tahun lepas time PKP dan kebetulan baru nak masuk musim sotong memang sedap la kalau buat ketupat sotong. Lama sungguh aku tak makan ketupat sotong dan aku bagitau mama, aku nak makan ketupat sotong. Dah siap masak dan waktu lunch, aku ternampak adik ipar aku makan ketupat sotong ni dengan nasi buat lauk. Lurviey pun ingatkan lauk juga. Hehe. Haru la makan lauk manis gitu. Adik aku pun tak tegur pula laki dia makan gitu. 

Aku memang bukan penggemar manis walaupun aku orang Kelantan. Well, kelantanese memang sinonim dengan makanan manis. Tapi ketupat sotong ni aku boleh accept la tahap manis dia, sebab buat sendiri so boleh adjust manisnya. Aku tak pernah lagi makan yang orang lain buat jadi tak tahu orang lain punya manis macam mana pula. Konsepnya sama macam buat bubur kacang, bubur pulut hitam yang kena letak gula nak bagi manis dan bezanya ketupat sotong ni guna sotong yang biasanya orang jadikan ia sebagai lauk. Faham dak? 😁

Bahan Bahan  

  • Sotong Jarum
  • Beras pulut yang telah direndam dengan santan
  • Santan
  • Daun Pandan
  • Gula nise 
  • Tooth picks - untuk cucuk kat sotong tak nak pulut terkeluar

Cara-caranya boleh refer video kat atas ni 

  1. Masukkan pulut yang direndam dengan santan ke dalam badan sotong. Jangan letak penuh sebab nanti susah pula sotong nak masak dalam badan sotong tu. 
  2. Kemudian cucuk dengan tooth pick supaya pulut tak terkeluar.
  3. Susun dalam periuk dan masukkan santan. Kalau nak kuah banyak boleh banyakkan santan. 
  4. Masukkan gula nise dan daun pandan. Masak sehingga pulut masak sempurna. (gula nise tu depend pada tahap kemanisan korang nak manis mana.)
  5. Dah siap dan biarkan sejuk dulu sebelum dimakan. 

Masa balik kampung hari tu memang tak dapat makan sebab bukan musim sotong. Bila bukan musim sotong mahal la harganya kalau nak beli. Lurviey tak suka sebab manis katanya. Hehe. Aku memang dah terbiasa dengan ketupat sotong ni sebab dari kecil lagi makan jadi tak de la rasa pelik sangat. Ada ke korang yang baca entri ni tak pernah makan ketupat sotong?

 

10 Comment for "Ketupat Sotong Kelantan Pemanis Mulut "

alamak first time k ret tau pencuci mulut yg satu ni..
Tak pernah lagi tgk...
Kengkawan kelantan kita pun x pernah lagi mention or suggest menu ni hehe..
Memang konpom kita tak pernah makan lagi ketupat sotong ni

first time nampak orang buat ketupat sotong ni. nice sharing :)

wah mesti sedap sangat ni ketupat sotong ni kann ^^

Ohh bukan lauk ye? Saya ingatkan lauk. Tak pernah makan original ketupat sotong kelantan. Teringin nak rasa nak tahu manis dia macamana

Tak pernah makan jugak ketupat sotong kelantan. Ingatkan lauk rupanya pencuci mulut 😊

Pernah makan sebelum ini. Kawan dari Kelantan juga yang ajar. Sedap! Saya suka :)

aduyai sedap ni. mama jadi tukang makan aje kalau opismate mama buat

Sedapnya ketupat sotong. Saya suka! Dah lama sangat tak makan ketupat sotong!

TAK PERNAH BUAT , TAPI CCL PERNAH MAKAN TIME ZIARAH UMAH ADIK BERADIK .

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top