You don’t have to be big. You have to be remarkable

Aktiviti Tahun Baru 2022

Aktiviti Tahun Baru 2022

Assalamualaikum.... 

Selamat tahun baru korang !! Semua bersemangat ye tahun baru ni. Biasalah tahun baru masing masing ada azam baru dan juga carry forward azam tahun lepas yang masih belum tercapai. Yang penting semangat tu ! Aku? Rasa berdebar pula sebab dah masuk tahun baru dan beberapa bulan lagi dah nak bersalin. 

Subuh tadi hujan renyai renyai dan aku harap tak de banjir teruk seperti hari tu. Hari ni tak plan nak keluar pun sebab sakit setiap hari keluar dan sakit pinggang aku ni makin teruk. Esok nak keluar kenduri kahwin lagi. Tapi pagi tadi Lurviey ajak pusing pusing. Kat area rumah aku ni jalan sesak teruk. Rupanya ramai kaum India pergi ke Batu Caves dan aku tak pasti ada perayaan apa hari ni. Aku ajak Lurviey ke Lotus sebab lama tak pergi dan kebetulan aku nak cari Chili Mayo. Naura pun dah minta nak pergi mall, mall mall ! Jadi mommy bawa pergi Lotus Ampang je la. Tu pun Naura dah cukup happy. Sian betul bebudak zaman pandemik ni ! 

Dress murah lebih kurang macam ni tadi RM39 je

Alang alang ke Lotus Ampang ingat nak cari dress kononnya nak pakai pergi kenduri esok memandangkan semua baju kurung aku memang langsung tak boleh pakai sebab semua jenis yang ada dart kat belakang. Aku pula kalau cari baju untuk diri aku, aku nak yang murah tapi ada kualiti la tapi sayangnya tak sesuai dengan aku sebab senteng. Dress tadi aku tengok tadi cantik dan harganya RM39 je. Kalau aku beli dress tu, atas sikit dari buku lali je. Aku prefer dress boleh sapu lantai gitu. Lol ! Jadi esok tak tahu la nak pakai baju apa. Buntu juga. Korang jenis senang ke susah nak cari baju? Kat shopee boleh dapat below RM35 tapi aku tak berani kalau dress macam ni nak beli sebab takut tak ngam pula saiznya. 
Chili Mayo beli 2 terus sebab bukan selalu aku ke Lotus's

Sambil cari Lotus's Chili Mayo, ternampak buah strawberry. Tekak teringin pula. Jadi ambil satu pek. Tak tahu la manis ke tidak. Aku nak limau bali tapi susah betul nak cari limau bali tu. Balik singgah beli Dunkin Donut sebab Naura dah jerit nampak Mr Happy dia tu. Jadi singgah beli 3 ketul donut je. Cukup la untuk mommy, daddy dan Naura. Lagi 11 hari nak ke KK pula. Harap berat tak naik banyak macam bulan lepas. 4 kilo weh ! Alhamdulillah dah lebih terkawal cara pemakanan aku sebab sekarang tak boleh sumbat banyak dah macam 3 bulan lepas. Perut cepat penuh walaupun rasa lapar tapi perut dah tak boleh isi dah. Malam aku dah jarang makan nasi. Kalau lapar aku makan buah je. Fuhhh.. Mencabar pregnancy journey kali ni. 

 

P/S: Aku singgah blog korang nanti ye.. Ikut turn ! Lol...

 

 




 

6 Comment for "Aktiviti Tahun Baru 2022"

first day jalan-jalan soping ye...
hepi new year naniey n family...!!

Selamat tahun baru 2022. Moga yang baik-baik sahaja untuk tahun ini.

Macam Cik TK susah juga nak cari baju yang sesuai... Hukhukkk... Sebabnya boleh dikatakan plus size juga la... Jadi Cik TK kalau nak beli baju memang cari kat tempat yang memang jual plus size punya pakaian, contohnya macam Misclaire. Kalau kat sini, tak pening cari size. Yang peningnya ialah nak pilih yang mana satu sebab rambang mataaa! 😅

Selamat tahun baru naniey. Dah kena mula beli dress dah ye. Kalau beli kat store dapat rasa material dia sekali. Saya jarang beli online. Risau takut tak sesuai. murah pun memang ada yang murah.
Limau bali memang susah nak dapat, kan. saya pun dah lama teringin tapi belum dapat lagi. Harap ada lah rezeki kita nanti. Aaminn...
saya pun baru nak blogwalking ikut turn. hihi

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top