You don’t have to be big. You have to be remarkable

Rupanya Sedap Dunkin Donut

 Assalamualaikum... 

Rupanya Sedap Dunkin Donut | First time aku makan Dunkin Donut rasanya 12 tahun lepas dan tak ngam dengan tekak aku dan memang aku tak beli dah. Lepas tu aku try Big Apple dan memang kena dengan tekak aku. PKP ni teringin pula tapi di sebabkan Big Apple jauh dari tempat aku dan tak boleh rentas negeri tapi teringin sangat nak makan donut berbayar aku minta Lurviey belikan Dunkin Donut masa keluar beli barang dapur. Cuba untuk kali yang kedua.

Sebelum beli aku buka website Dunkin Donut dulu sebab nak pilih jenis dan flavour donut ni. Kang salah beli tak makan, membazir pula. Aku pilih yang aku nak lepas tu aku whatsapp Lurviey. Pandai la nanti Lurviey order kat sana. 

Alhamdulillah sedap rupanya Dunkin Donut ni. Kenapa last time aku makan tak sedap eh? Aku masih ingat roomates aku suka sangat Dunkin Donut ni tapi aku memang tak beli la sebab masa aku belajar duit kena jimat cermat. Nak makan makanan macam ni memang tak la. Lagi satu faktor tak pandai nak membeli. Bila dah kerja ada gaji, boleh la beli sendiri. 

 

Lurviey balik bawa sekali dengan coffee. Katanya budak kerja Dunkin Donut suggest beli yang set.  Peanut Butter Jelly tu ada 2 sebab Salted Choc Caramel yang aku nak dah habis. Yang Mr Happy tu aku beli untuk Naura tapi dia tak makan pun. Dia buat display dalam pinggan dia je. Nak makan dia tak bagi. Choc Pudding dan Boston Kreme tu sedap sangat. Dan lepas ni memang aku beli flavour ni je la. Nasib baik doh dia lembut dan manis dia tu tekak aku boleh terima. 


P/S: Al-Fatihah buat Allahyarham Siti Sarah. Kehilangan yang sangat dirasai. Segala kebaikannya terbuka saat dia sudah tiada lagi. Sedih tengok video terakhir tu dia dengan anak anak. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.



Tag : food
10 Comment for "Rupanya Sedap Dunkin Donut "

Memang sedap... tapi untuk orang tua bangka macam uncle ni kena makan sikit je la... huhuhu

saya suka sangat2,..tapi takleh makan selalu la...

dunkin donut..big apple..mmg sedap..tp betul tu kak azian..xleh mkn selalu hehee...manis..

Tak ingat bila last makan donut ni 🤣 manissss

sama, saya pun rasa dia tak sedap dulu. sekarang sedap pulak.

Dulu saya pun tak suka sangat dunkin donut ni. Tapi sekarang mungkin dah upgrade sikit kot. Donut dia lebih fluffy dan variety. Banyak pilihan sejak ada persaingan yang lain.

Al fatihah buat arwah Siti Sarah Raissudin.

Tak pernah try lagi, selalu big apple je sebab big apple je yang ada dekat kawasan rumah saya hahaha

Dunkin Donut nie memang camtu kot.. ada tempat donut dia sedap, ada tempat donut dia tak sedap..

dari dulu since zmn belajar smpi laa skrg kalu mkn donut DD ni, sy cuma pilih bavarian je hehehehe yg lain2 x penah cuba

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top