You don’t have to be big. You have to be remarkable

Resepi Daging Masak Merah Sedap Dan Mudah



 Resepi Daging Masak Merah Sedap Dan Mudah


Assalamualaikum... 

 

As usual bila aku masak sesuatu yang aku tak pernah masak sendiri dan rasanya sedap kat tekak aku, haruslah letak dalam blog ni senang untuk aku cari gali bila nak masak nanti. 

Daging ni jarang la aku masak kat rumah ni sebab aku takut sikit sebab takut terliat kalau salah potong. Kadang tak pandai nak tengok urat daging terus jadi liat.

 

RESEPI DAGING MASAK MERAH MUDAH 


Bahan bahannya (agak agak)

  • Daging - potong dan rebus bersama halia
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih 
  • Halia 
  • Rempah 4 sekawan
  • Cili boh
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Air rebusan daging
  • Sedikit gula
  • Sedikit minyak

Cara-caranya
  1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian tumiskan bersama rempah 4 sekawan.
  2. Kemudian masukkan cili boh sehingga pecah minyak. 
  3. Masukkan sos cili dan sos tiram secukup rasa berserta gula. 
  4. Masukkan sedikit air rebusan daging dan daging. 
  5. Biarkan seketika(sehingga sedikit kering) 
  6. Siap!


Makan dengan nasi panas dan sawi tumis air. Simple tapi mengenyangkan. Alhamdulillah. 

 

P/S: Esok ada appointment HTA. Doakan segala urusan baby Aryan dipermudahkan. Aamiin.. 



Tag : resepi
4 Comment for "Resepi Daging Masak Merah Sedap Dan Mudah"

Tak pernah lagi try daging masak merah. Nanti bolehla try. Menarik idea ni.

Cantiknya kejadian daging masak merah tu. Sedapnya!

sedap daging msk merah.. sy suka tp nk masak sendiri mmg fail..
xpndai potong daging..
mmg takut daging tu jd keras kejung..
liat.. ssh nk mkn.. haha

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top