You don’t have to be big. You have to be remarkable

Graf Berat Badan Aryan Obese

 Assalamualaikum...


Graf Berat Badan Aryan Obese | Lama betul menunggu masa check up Aryan setahun enam bulan hari tu dan kebetulan masa check up hari tu aku sorang je nak urus dua intan payung yang melasak ni. Lurviey drop je dan terus ke stor sebab ada customer datang.

Mommy budak ni pun terkejut ingatkan Aryan 2 tahun. Anaknya tua 3 bulan dari Aryan.

Bila turn Aryan terkejut nurse Zura tengok Aryan dah besar. Last aku jumpa nurse Zura masa dalam pantang then nurse Zura sambung belajar setahun lebih. Aryan dah setahun enam bulan baru jumpa balik dengan nurse Zura. Tak de orang tak terkejut tengok Aryan sebab umur dah macam dua tahun lebih. Aryan tinggi jadi orang tak sangka umur baru setahun lebih. 

Graf Berat Badan Aryan

Alhamdulillah tinggi normal cuma berat ikut usia Aryan ni dalam garisan merah tapi BMI NORMAL. Nurse ok je tapi bila jumpa doktor mula la nak refer dietitian walaupun BMI normal. Tapi aku cakap nak pantau je dulu. Next check up kena jumpa doktor. Harap masa jumpa next month nanti semuanya ok ok aje. Budak kalau makan terlebih susah juga kalau tak makan pun susah juga macam Naura dulu berat atas pagar tapi dia tinggi, jadi BMI tak cantik. 

Kasut Naura semua dah tak muat. Yang  ni je boleh pakai. Pakai je la 😂

Settle check up, terus gerak cari makan dan sambung kerja kat stor. Gitulah kalau kerja sendiri. Tak lama lagi Naura pula sekolah, dah kena get ready untuk perubahan rutin harian. Hujung bulan ni baru plan nak balik kampung tapi ada pula Open Day pula. Settle mana yang pentng dulu


P/S : Cuaca masih mendung hari ni... 


7 Comment for "Graf Berat Badan Aryan Obese"

Ok aje nampak
Taklah nampak gemuk pun

Moga anak2 akak sentiasa sihat dan dalam lindungan Allah...aamin

Takdela nampak obese pun. Betul ke penimbang tu 😬

Aryan ni nampak tinggi, ikut sapa agaknya tu? Comel je, tak nampak obese pun. Kalau saya, suka kalau anak badan mcm ni, tak halus dan tak gendut. Sihat je.

Aryan ni nampak tinggi, ikut sapa agaknya tu? Comel je, tak nampak obese pun. Kalau saya, suka kalau anak badan mcm ni, tak halus dan tak gendut. Sihat je.

tapi takdelah nampak obesenya...cuma beratlah kot.

nanti dia dah ke playschool dah melasak oklah kot.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top