You don’t have to be big. You have to be remarkable

Mencuba Pizza Oven Kayu Api Di Café Markisa Jasin Melaka

 Assalamualaikum... 

Mencuba Pizza Oven Kayu Api Di Café Markisa Jasin Melaka |  Balik dari dinner kat Asam Pedas JR, aku lepak kat ruang tamu jap kononnya nak tengok TV tapi tak pandai pula aku nak tengok TV guna box apa benda ntah. Sambil tu, borak dengan mama dan mama buka fon nak cari tempat makan sedap. Kemudian Lurviey bagitau mama ada pizza kayu api dan terus masuk list nak pergi cuba keesokan harinya. 

Lepas checkout, adik ipar singgah nak pekena asam pedas telur mayong, Quite pricey juga bagi aku kat situ. Lupa nama kedai apa sebab adik ipar sorang je makan. Kami semua nak simpan perut nak makan pizza nanti. Settle adik ipar makan kami terus gerak ke Jasin. Hampir satu jam perjalanan akhirnya sampai ke Cafe Markisa di Kem Lambaian Danau. Vibes macam nak masuk PLKN pula aku rasa tapi ada cafe gitu. 

Kawasan dia sangat luas dan selesa, kami duduk di bangku yang disediakan d bawah pokok. Walaupun cuaca tengah panas terik tapi duduk kat bawah pokok di tepi tasik rasanya sungguh nyaman dan tenang.  Aku, Lurviey dan biras terus ke Pizza Oven Kayu Api nak order pizza. Sebenarnya dah lama aku craving pizza tapi pizza D kegemaran aku termasuk dalam senarai makanan perlu diboikot. Jadi nak mencari pizza yang membuka selera aku tu memang susah. 


Pizza yang available untuk order ada 4 flavour sahaja masa aku datang. 


Pizza yang menunggu turn untuk dibakar sebelum masuk ke dalam perut manusia. 😄


Inilah oven kayu api untuk bakar pizza tu. Guna gas juga eh? 


Sementara menunggu  pizza masak, main buaian dulu. Demi sekeping gambar mampu duduk je tak berani nak hayun sebab material dress agak licin tak pasal cari penyakit pula. 



Akhirnya siap juga pizza. Kami order Cheesy Chicken Carbonara dan Chicken Hawaii. Harga pizza RM25 potong 8 keping. Harga murah dah, rasanya pula macam mana? Rasa kedua dua pizza ni bagi aku sedap dan ada rasa smoky. Potongan isi ayam juga sangat besar cuma doh kurang sikit tapi yang bahagian keliling pizza tu sedap, rangup. 


Dah nak habis makan pizza teringin cuba yang lain pula. Kami order beef pepperoni. Aku kalau makan pizza memang akan order beef or chicken pepperoni. Bagi tekak akun beef pepperoni dia kurang rasa masam tomato but still sedap. 

Datang lagi tak? InshaAllah boleh datang lagi next time untuk makan set nasi atau western pula. Siap makan kenyang dan solat, terus sambung perjalanan balik KL. Surau dan tandas di sediakan dan sangat bersih dan selesa. Cuma nak tukar diaper baby tu tak de tempat. 



Café Markisa
Kem Lambaian Danau, Kampung Chinchin
77000 Jasin Melaka
Buka Setiap Hari (kecuali Selasa)
10.30am- 10.30pm





P/S : Teringin asam pedas 🙃


11 Comment for "Mencuba Pizza Oven Kayu Api Di Café Markisa Jasin Melaka"

kayu api tapi guna gas... takpe. Janji sedap

Saya yang duduk Melaka belum singgah lagi.
Kitorang sudah jumpa piza sedap iaitu US Pizza.

ya Allah, mesti sedap sungguh... dengan aromanya...

Pizza oven kayu api rasa berbeza ye. Sedap tu kalau ada aroma smoky.

Cafe ni antara cafe yang saya teringin nak pergi. Tapi belum ada rezeki menyinggah lagi. Next time lah. Suka suasana sini tapi dengarnya jambatan di situ tak boleh lalu lagi ye. Lagi menarik kalau dapat bergambar di jambatan kayu tu.
Pizza dia macam sedap. Harga pun murah dah tu. Pelik juga guna gas jugak eh..Ingatkan guna kayu atau arang je. Tapi smocky tu ada kira okaylah kan.

Cafe ni antara cafe yang saya teringin nak pergi. Tapi belum ada rezeki menyinggah lagi. Next time lah. Suka suasana sini tapi dengarnya jambatan di situ tak boleh lalu lagi ye. Lagi menarik kalau dapat bergambar di jambatan kayu tu.
Pizza dia macam sedap. Harga pun murah dah tu. Pelik juga guna gas jugak eh..Ingatkan guna kayu atau arang je. Tapi smocky tu ada kira okaylah kan.

gas tu untuk bakar kayu api tu kot. teringin juga nak try pizza macam ni

wahh pizza masak pakai oven kayu api nih rare., hehe

Terliur tengok pizza oven kayu api . Alahaiii .. Kalau singgah di melaka boleh cuba makan di sini .

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top