You don’t have to be big. You have to be remarkable

Teringin Croissant Garlic Cheese

 Assalamualaikum... 


Teringin Croissant Garlic Cheese | Beberapa hari lepas lalu kat fb aku sourdough bread garlic cheese. Sedapnya... tapi tu la bakery tempat aku tak de jual pulak sourdough bread tu. Jadi aku cari je la croissant kat Giant nak buat ala ala sourdough bread garlic cheese tu. Tetiba terasa nak makan croissant. Sebelum ni sikit pun aku tak teringin nak rasa apatah lagi beli.

Aku guna bahan sedia ada je kat rumah. Garlic spread aku guna Buttercup punya tapi kalau buat sendiri lagi sedap dan tak susah pun buat garlic spread sendiri. Cheese pula aku guna mozareela.  

Croissant aku belah tengah dan sapu je garlic spread dan tabur mozareela cheese. Bau garlic spread tu membuka selera betul. 


Then bakar guna air fryer je. Memula aku nak guna oven tapi rasa macam malas pula nak angkat oven tu. Masa aku agak je la. Dah nampak bakar elok macam yang aku nak, aku stop je AF tu. 


Aku offer Lurviey tapi Lurviey tak suka mozareela cheese ni. Lurviey request letak sosej dan cheese yang letak atas burger tu je. 

Bila dah makan croissant ni ternyata sedap amat. Betul la orang cakap "tak kenal maka tak cinta" . Ternyata aku jatuh cinta dengan kelembutan croissant Giant ni. Rasa nak pergi beli lagi je. 



P/S : Terkejut tengok no kat penimbang semalam. 😭


Tag : food
4 Comment for "Teringin Croissant Garlic Cheese "

Cuya pon berat bertambah dh kak...sedih tengokk..huhuhu

Air fryer memang penting sekarang ni kan?

Menarik idea letak garlic spread dgn mozzarella cheese tu. Tak terfikir pulak nak buat macam ni sebelum ni 😄

Bila dah teringin, haruslah kena buat kan. Kalau tidak teringat². Puas hati filling letak sendiri ikut taste kita. Tak pernah makan lagi croissant garlic cheese. Nanti nak cubalah kalau terjumpa.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top