You don’t have to be big. You have to be remarkable

Beli Tablet Lagi

 Assalamualaikum..


Beli Tablet Lagi | Bukan tablet elektronik tu, tapi writing tablet je. Sesuai la untuk intan payung ni nak conteng conteng. Cukup la pengalaman dulu aku bagi Naura tengok tablet dan fon sekejap je tapi hari hari dia minta nak tengok. Bukan lama pun aku bagi dia tengok tapi dia punya ketagih tu, memang dahsyat. Lama juga aku ambil masa untuk ceraikan dia dengan gadget. Alhamdulillah berjaya. 

Writing Table RM3.20 satu, random colour. Ok la.

Memandangkan writing tablet sebelum ni dah habis bateri dan aku dah tukar bateri tapi tak jadi juga, aku beli je la yang baru, RM3.20 je. Tak silap aku writing tablet ni yang ketiga or keempat buat Naura dan kedua buat Aryan. 


Naura siap tanya "besar ni je?" . Jadi la tu besar tu, boleh sumbat dalam beg bila keluar nanti. Kalau yang besar tak muat beg. Yang besar satu masih elok dan satu lagi tu kena beli bateri lain. Mungkin bateri yang aku tukar tu pun dah tak elok.  Teringin sebenarnya nak bagi tablet dan install education app tapi tu la, belum masanya lagi. 


P/S : Cuaca cantik hari ni.. 

Tag : emovere
4 Comment for "Beli Tablet Lagi"

At least berkurg sikit fokus dgn gadget kan..

selagi dia belum ketagih gadget baiklah tak perlu diberi...lagi leceh nanti. Dorang hilang motor skill dan macam2 skill lagi. Mata pun boleh ada efek juga

budak sekarang celik bab gadget, susah juga nak pisahkan diorang dgn gajet ni kalau masing-masing dah start ketagih.

Atas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.

Yang benar,
Permaisuri Cuya.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top