You don’t have to be big. You have to be remarkable

Rezeki Waktu Lunch Nasi Lemak Nenek

 Assalamualaikum


Rezeki Waktu Lunch Nasi Lemak Nenek | Di sebabkan pagi tadi dah sarapan kat luar jadi lewat sikit la aku nak masak untuk lunch. Tengah relax relax tengok stok barang dengar bunyi hon, rupa rupanya mama dan Cik Fardil datang. Cik Fardil datang nak ambil bantal tapi stok bantal ada kat stor pula. Mama pergi terapi kaki hari ni kat Hospital Selayang Cik Fardil (adik mama) yang temankan. Aku ajak mama masuk rumah tapi mama cakap tak larat dah nak balik rumah. Rumah mama belakang taman aku je.

Mama balik jadi aku sambung buat kerja jap sambil fikir nak masak apa untuk lunch. Kemudian mama video call cakap Cik Fardil hantarkan nasi lemak kejap lagi. Alhamdulillah rezeki lunch hour. 


Nasi lemak dan ayam goreng untuk dua intan payung. Yang pasti Aryan memang makan ayam goreng. Naura tu ikut tekak dia la. Kadang ok je makan, kadang tak makan. Aku pun tak faham.

Sambal kupang pembuka selera. Tanak nasi makan panas panas bersama telur goyang.  Dapnya. Kesimpulannya, aku masak nasi je la. Kalau rajin jap lagi buat kubis masak lemak putih. Pair yang padu. 


P/S  :  Teringin apam balik tapi kurang rajin pula nak ke pasar malam.
Tag : emovere
7 Comment for "Rezeki Waktu Lunch Nasi Lemak Nenek"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top