Special Offer

Author

Ular Albino Dua Kepala



Salam Semua

Sapa suka ular? Mesti ada yang suka kan. Aku tak suka ular tapi teringin nk pegang sekali  dlm hidup aku. Orang cakap sejuk.. Ok kali ni dalam Santai Info Dunia ke Miami menjenguk anak ular albino yg lahir dengan dua kepala. Berita penuh kat bawah ni.

Macam mane nk survive??

 MIAMI, Amerika Syarikat (AS) - Seekor anak ular susu albino yang baru menetas di sebuah pusat penetasan haiwan itu di Ridge Manor, Florida didapati mempunyai dua kepala baru-baru ini.Menurut seorang ahli biologi Universiti Tengah Florida, Daniel Parker, ular berkepala dua telah didokumentasikan hidup selama 20 tahun dalam kurungan.Namun, katanya, dengan dua otak mengawal badan ular itu, haiwan itu sukar untuk terus hidup dalam alam hidupan liar.

Ular dikategorikan albino jika ia mempunyai warna merah, oren dan putih.Menurut mitos, ular susu dikatakan menyedut susu daripada kantung susu lembu.Namun, sebenarnya ular itu hidup di dalam bangsal dan suka suasana gelap dan sejuk.Ia tidak berbisa dan makan cicak, burung, serangga dan mamalia kecil. - Agensi 

P/S: Teringat kat Anaconda :P


0 Komentar untuk "Ular Albino Dua Kepala"

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top