Once you choose hope, anything's possible

Tempahan Roti Homemade Murah Dan Sedap Putrajaya

 Assalamualaikum.. 

Tempahan Roti Homemade Murah Dan Sedap Putrajaya | Lama sungguh tak makan roti dan aku bukanlah penggemar roti macam Lurviey. Roti kosong gardenia cicah air kosong pun boleh je Lurviey telan gitu. Aku pernah cerita aku pengalaman aku buat roti dan mama ada bagi aku tepung roti dengan harapan menantu ni buat lah roti. Sampai sekarang tepung roti dan bahan bahan roti tu tersimpan elok dalam bekas kedap udara kat dapur tu. Nak buat roti ke, kek ke, biskut ke memang kena tunggu Naura tidur baru boleh buat.

Last week aku order roti sosej, roti chicken floss dan bomboloni dengan Cik Fardil. Kebetulan Cik Fardil ada COD area sini jadi boleh la tempah. Bomboloni tu je aku yang makan banyak. Memang sedap sebab aku suka sejenis macam bomboloni or donut macam Big Apple tu. 

Tak puas lagi aku makan bomboloni. Aku suka perisa coklat. Yang lain ok cuma aku lebih suka coklat. Siapa yang tak suka coklat kan? Selain coklat tu ada perisa kiwi, strawberry dan blueberry. Semua sedap. Bomboloni ni kalau dohnya sedap, memang semua sedap.

Roti sosej ni aku rasa memang ramai suka makan terutama budak budak. Aku ingat dulu zaman sekolah kalau pergi kedai kek dan roti memang roti yang ada sosej la pilihan aku.

Nampak sedap kan roti chicken floss ni? Memang sedap pun dan Lurviey memang suka sangat roti ni. Cuma roti chicken floss ni pula memang tak menjadi pilihan aku dari dulu lagi sebab aku kalau makan rasa macam comot je. Tadi aku ada nampak story blogger Atie sharing pasal Sale Tefal Bread Maker. Harga tak silap aku RM189 macam tu. Murah dah tu tapi tu la, macam aku cerita sebelum ni, aku nak beli pressure cooker dulu. Hehe.
 

Korang yang nak tempah roti untuk makan sendiri or majlis apa apa boleh contact kat bawah ni.

Whatsapp En Fardil - 012-2670392
Lokasi penghantaran : Putrajaya/Cyberjaya (lain lain lokasi boleh direct whatsapp tanya En Fardil)
Charge penghantaran: -
 

 


3 Comment for "Tempahan Roti Homemade Murah Dan Sedap Putrajaya "

Sedap bun chicken floss tu . Tiap kali singgah kedai roti . CCL wajib beli bun chicken floss ni

Sedap tu roti chicken floss. Kalau makan tak cukup seketul.

Saya pun suka bomboloni sebab fluffy. Chicken floss bun tu favourite juga. Macam macam jenis roti dia buat ye.

Back To Top