You don’t have to be big. You have to be remarkable

Resepi Udang Masak Di Raja Sedap Dan Mudah

 Assalamualaikum... 

Resepi Udang Masak Di Raja Sedap Dan Mudah | Beberapa bulan lepas aku try resepi udang masak di raja ni. Memang sedap sangat. Bertambah tambah nasi aku makan. Lepas tu menyesal sebab berat bertambah. Makin remaja bangka ni makin kena control makan ye sebab tak macam dulu lagi boleh makan banyak banyak. Tambahan pula lepas cucuk depo berat aku senang sangat naik. Semoga berat aku turun dan maintain sebab aku dah stop cucuk depo dah last month. 

Bahan Bahan 

  •  Udang 10 ekor 
  • Bawang merah 4 biji kisar
  • Bawang Putih 3 biji kisar
  • Lengkuas - 2inci kisar
  • Halia - 1inci kisar
  • Kunyit -1 inci kisar
  • Serai - dititik
  • Asam keping - 1 keping
  • Cili kisar 2 -3 sudu (bergantung tahap kepedasan lada masing masing)
  • Santan kotak
  • Kiub bilis atau garam (aku selalu guna kiub je)

Cara-caranya

  1. Basuh udang bersih bersih
  2. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan cili kisar beserta serai yang telah dititik
  3. Masukkan udang dan gaul rata.
  4. Masukkan asam keping dan santan (ini kena agak agak je. Aku guna separuh kotak santan je)
  5. Perasakan dengan garam gula secukup rasa. Aku guna kiub je. 
  6. Siap ! Sumpah sedap. 

Macam biasa simpan sini senang untuk rujukan aku yang tak master dalam masakan ni. Masak udang jangan lama sangat, nanti isi tak sedap dan hilang fresh manis manis udang tu. Sotong pun sama. Aku takut nak masak sotong sebab takut jadi liat. Haha. Ada tips tak kawan kawanku sayang?


Tag : resepi
4 Comment for "Resepi Udang Masak Di Raja Sedap Dan Mudah "

Udang memang sedap1
Teringat Tun. Dr Mahathir pegang pesan ibunya : Berhenti makan kalau rasa sedap. Agaknya itulah petua beliau dapat maintain segala-galanya.

Tak dapat nak bagi tips dekat kak naniey sebab kita pun tak reti mana masak hehehe >.<

Nampak sedap..boleh la akak cuba next time...

First time dengar menu udang masak diRaja. Sebagai peminat udang, udang masak apa pun sodap :)

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top