You don’t have to be big. You have to be remarkable

Sos Serbaguna Nona Memudahkan Mak Mak

 Assalamualaikum... 

Sos Serbaguna Nona Memudahkan Mak Mak | Sekarang ni nak masak semua dah mudah, cuma rajin atau malas sahaja. Kalau korang jenis nak masak tapi nak cepat dan siap ni la penyelesaiannya. SOS SERBAGUNA keluaran Nona

Aku panggil sos serbaguna sebab benda yang simple macam ni pun dah ada kat pasaran. Tak perlu pening nak fikir nak buat rencah nasi goreng or mee goreng mamak or char kue teaw. Masa PKP Penuh ni bila teringin makan mee goreng mamak, korang boleh masak sendiri je kat rumah. Sedap sama macam kat mamak juga. Aku dah cuma sos mee goreng mamak ni. Memang sedap. 

Masa pergi rumah mama hari tu, mama ada bagitau pasal sos mee goreng mamak dan aku baru teringat yang aku ada beli pek kecil yang ada jual kat Eco Shop beberapa bulan lepas. So,aku balik dan try buat guna sos ni. Ternyata memang sedap. Yang paling penting sesuai untuk orang yang nak masak ringkas dan cepat. Yang penting sedap. Sos char kue teaw aku belum guna lagi tapi sos nasi goreng dia tu pun sedap. Lepas ni kalau rasa malas sangat nak tumbuk tumbuk bawang tu, aku guna sos ni je la. Siap dalam masa tak sampai 10 minit. Hehe...




6 Comment for "Sos Serbaguna Nona Memudahkan Mak Mak"

betul2... kitrg kat rumah ni pun suka guna produk nona ni...
senang sikit nak masak... campak2 je dah siap! :D

dgr kate ketupat segera Nona pun sedap..kan naniey

Sos ni sedap juga kalau masuk dlm masakan.. banyaknya produk

Biasa sos tiram Adabi, sekarang macam-macam jenis. Mama saya tentu suka.

bestnya.. nak kena carik ni.. sedap kan

Akak pun suka guna product Nona dan satu lagi Mahsuri...dua jenama ni mmg sentiasa ada dalam rumah

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top