You don’t have to be big. You have to be remarkable

Scan Baby 3D/4D Di Klinik Mediviron Dengan Sonobee Ultrasound

 

Scan Baby 3D/4D Di Klinik Mediviron Dengan Sonobee Ultrasound

 

Assalamualaikum... 

Aryan dah lahir baru nak buat entri ni. Entri ni sebenarnya memang ada kat draft tapi aku tak selesaikan sebab sibuk dengan pindah rumah hari tu. Bila tengok entri yang ada kat draft rupanya entri ni masih belum publish lagi. Aiyoo.. 

 

SCAN BABY 34/4D MURAH GOMBAK DI KLINIK MEDIVIRON  SRI GOMBAK BY SONOBEE ULTRASOUND

 

Jenuh juga nak mencari harga yang berpatutan untuk scan 3D4D ni. Akhirnya jumpa juga scan baby dengan harga yang sangat murah bagi aku. Tak sangka betul Sonobee Ultrasound boleh tawarkan harga yang sangat murah macam ni ! 

Sonobee Ultrasound ni ada 20 cawangan dan aku pergi ke cawangan Gombak di Klinik Mediviron Sri Gombak. Yang paling penting adalah sonografer adalah perempuan dan temujanji perlu dilakukan secara atas talian. 

Senarai cawangan Sonobee Ultrasound 

 

  1. Ampang
  2. Cheras
  3. Gombak
  4. Kota Damansara
  5. Puchong
  6. Shah Alam U12
  7. Seri Kembangan 
  8. Sri Petaling
  9. Kajang
  10. Saunjana Utama/Puncak Alam
  11. Klang
  12. Cyberjaya
  13. Semenyih
  14. Jenjarom
  15. Bangi 
  16. Sepang
  17. Rawang
  18. Bukit Beruntung
  19. Telok Panglima Garang
  20. Banting

Setelah booking atas talian selesai, dan dapat email, korang boleh walk in kat tempat korang booking mengikut tarikh dan masa yang telah korang pilih. Harga scan ni depend pada promosi semasa yang dilakukan oleh pihak Sonobee. Tapi korang jangan risau sebab Sonobee ni memang menawarkan harga yang rendah dalam pasaran tau. Murah sangat ! 

Masa aku scan baby hari tu harga promosi masa tu RM58 tak silap aku. Laki dan anak beranak boleh masuk sekali tengok scan baby tu. Naura memang bising la duk dalam bilik masa scan baby time tu.  Servis tip top dan aku berpuas hati dengan servis yang Sonobee tawarkan. Dengan harga tersebut korang akan dapat printed white/black scan serta file yang akan dihantar melalui email dalam masa 3-5 hari selepas scan (gambar dan video)

Ni la muka dak Aryan ni. Sonografer masa scan cakap dengan dia 'kenapa masam sangat muka tu adik?'. Mau tak masam time dia tengah tidur, kena kejutkan sebab nak tengok muka dia.  

Tu je la aku nak kongsikan in case ada di antara korang yang sedang mencari klinik scan baby 3d/4d/5d murah boleh la dapatkan khidmat Sonobee Ultrasound ni. 


Sebarang pertanyaan boleh whatsapp 018-9092933
 
Appointment dan Harga Promosi boleh rujuk kat sini



P/S: Nak masak dan makan apa hari ni.. 😊



6 Comment for "Scan Baby 3D/4D Di Klinik Mediviron Dengan Sonobee Ultrasound"

hahahaha jenuh kita dok belek ha baru pasan bentuk muka tu hehe :p

Alala comeynya muka baby kena scan...
Geram tgk

muka masam pon comel! haha

byk betul cawangan dia ye..

muka masam pon comel! haha

byk betul cawangan dia..

harga promosi tu mmg murah la.. takpe kalau mahal sikit pun nak tgk anak dalam perut punya pasal

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top