Assalamualaikum...
Gift Untuk Anak Anak Pasti | Sedihnya rasa hati pagi ni, hari ni hari terakhir Naura sekolah. Lepas ni dah tak pakai baju hijau lagi.
Di sebabkan kekangan masa jadi aku sempat beli lunch box je untuk anak anak. Ni pun rushing ke M3 Mall lepas solat Isyak semalam. Pening juga nak fikir beli barang anak anak ni.
![]() |
| Bismillah... semoga berguna untuk anak anak 🥰 |
Tadi baru sempat nak packing dalam plastik ni. Nampak la cantik sikit. Tampal thank you sticker then masukkan dalam plastik. Siap !
![]() |
| 19 orang anak 6 tahun, hanya 13 orang yang hadir |
Semoga lunch box ni berguna walaupun murrr.. Semoga anak anak boleh la bergilir gilir guna lunch box nanti sebab sekolah pun memang galakkan anak anak bawa bekal kan. Kalau taklimat sekolah Naura hari tu Lurviey bagitau sekolah memang galakkan anak anak bawa bekal ke sekolah. Jadi now aku dah kena fikir menu untuk Naura la kan?
P/S : Gift cikgu cikgu belum sampai lagi. Nanti boleh hantar bila bila masa je sebab tak sampai seminit pun naik motor ke Pasti 😆




0 Comment for "Gift Untuk Anak Anak Pasti"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)