You don’t have to be big. You have to be remarkable

Review Netflix Movie : Mimi (2021)

 Assalamualaikum.. 

Review Netflix Movie : Mimi (2021)  | Aku baru habis tengok movie Mimi di sebabkan ramai yang recommend movie ni. Lagipun movie Tamil dan Hindi memang selalu menjadi pilihan aku kat Netflix. So, kalau korang buntu nak tengok movie apa, aku suggest korang tengok movie Mimi ni.

Sinopsis Movie Mimi 

Kisahnya bermula dengan John dan Summer yang mencari surrogate mother disebabkan Summer ni tak boleh pregnant. Dorang ni foreigner dan datang ke India untuk cari ibu tumpang. Pemandu teksi yang bawa dorang ni, Bhanu terdengar perbualan mereka dan mahu tolong dorang dan akhirnya dorang jumpa ibu tumpang yang memenuhi kriteria yang dorang nak iaitu, Mimi seorang penari yang bercita cita untuk mejadi film star Bollywood. Kebetulan pula Mimi kekurangan duit dan sedang mengumpul duit untuk menjadi film star. Bhanu jumpa Mimi dan menjelaskan pada Mimi tentang John dan Summer yang berminat untuk jadikan Mimi sebagai ibu tumpang dan menawarkan wang sebanyak 20 lakh rupee. 

Mimi tertarik dengan tawaran tersebut sebab dengan tawaran dia boleh kerja cita cita dan impian untuk menjadi film star. Bermulalah perjalanan Mimi mula mengandung dan dibantu oleh Shama kawan baik Mimi serta Bhanu, hinggalah satu hari doktor yang handles Mimi ni bagitau John dan Summer bahawa anak yang dikandung oleh Mimi tu ada masalah iaitu Sindrom Down. Summer dan John kecewa dengan berita tersebut dan terus melarikan diri untuk pulang ke Amerika. Bhanu yang tahu akan hal ni sangat marah pada John dan Summer sebab mereka suruh Mimi gugurkan sahaja kandungan dan dorang tak nak anak tersebut. 

Mimi kecewa dan marah sebab John dan Summer melarikan diri dan tinggallah dia yang terpaksa fikirkan anak dalam kandungan. Cita cita dan impian untuk jadi film star pun terkubur. Saat lahirnya anak yang dikandung Mimi, anak tersebut normal dan bukan Down Syndrome seperti yang dinyatakan sebelum ni dan seluruh keluarga dan kawasan kejiranan Mimi pelik sebab Mimi lahirkan anak berkulit putih. 

Nak tahu lebih lanjut cerita ni korang kena tengok movie ni. Movie santai dan ada part komedi jadi tidak rasa bosan langsung. Ada part sedih dan ada part yang korang geram. Paling geram bila nak ending tu. Kenapa? Korang kena tengok sendiri. Memang tak menyesal. Aku bagi rating 10/10 sebab tak bosan langsung. 


P/S: Nak tengok movie Devil pula ni.. Malam minggu boleh marathon movie. Esok malam baru aku tengok order yang masuk. Sepanjang Olimpik ni waktu siang, Lurviey pegang remote. Malam baru kau boleh layan movies !


3 Comment for "Review Netflix Movie : Mimi (2021) "

Sekarang movie Tamil dan Hindi dan makin menarik. Trending juga movie Mimi ni. Saya belum tengok lagi.

menarik ceritanya. apa jadi dgn anak tu?😊

Pelakon2 hindi pun byk dh mixed

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top