You don’t have to be big. You have to be remarkable

Apa Yang Perlu Ada Semasa Kuarantin Di Rumah

 Assalamualaikum... 

Apa Yang Perlu Ada Semasa Kuarantin Di Rumah | Musim pandemik ni adalah penting untuk kita sediakan alat alat perubatan seperti di bawah ini untuk memantau keadaan kesihatan kita seisi keluarga, lebih lebih lagi jika disahkan positif Covid-19 dan perlu kuarantin di rumah. 

Alat/Barang Yang Perlu Ada Semasa Kuarantin Di Rumah 

1. Termometer

Contacless Thermometer

Berfungsi untuk memantau suhu badan secara berkala terutamanya selepas anda disahkan positif Covid-19. Periksa suhu di dahi bukan di telapak tangan. Suhu badan manusia normal adalah antara 36.0 darjah celcius hingga 37.5 darjah celcius. Lebih dari itu dikira demam. 

2. Pulse Oximeter

Berfungsi untuk mengukur kadar oksigen dalam badan. Untuk mendapatkan pulse oximeter yang berdaftar dengan MDA, orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan melalui pautan berikut sebelum membuat pembelian; SEMAK PULSE OXIMETER BERDAFTAR

Bacaan Pulse Oximeter

Cara menggunakan Pulse Oximeter

 Pastikan anda beli pulse oximeter yang original dan berdaftar dengan MDA. 

 3. Alat Tekanan Darah (Blood Pressure Monitor)

lood Pressure Monitor

Digunakan untuk mengukur tekanan darah dan kadar nadi.Adalah sangat penting untuk kekal bertenang semasa bacaan diambil. Ini kerana sekiranya anda dalam keadaan tidak bertenang akan mempengaruhi bacaan tekanan atau boleh jadi Error. 

Bacaan Tekanan Darah
 
Bacaan normal adalah | Sistolik : 120 (julat 90-139)mmHg ; Diastolik : 80 (julat 60-89)
Darah rendah dan bahaya | Sistolik : bawah 90 ; Diastolik : bawah 60

 4. Portable Nebulizer
 

Portable nebulizer ini berguna untuk melegakan pernafasan. Amatlah penting jika anda penghidap asma dan juga disahkan positif atau ada batuk berkahak sepanjang tempoh kuarantin.

 

Korang dah ada semua di atas ni?  Kat rumah aku ada termometer dan alat tekanan darah tu je. Kedua dua alat ni aku beli semasa aku pregnant. Termometer tu korang cari yang elok sikit. Kalau korang beli kat shopee, pastikan bila sampai korang terus test. Kalau rasa ragu ragu buat pemulangan semula. Aku pernah beli kat shopee kali kedua sebab termometer sedia ada tu pecah kat bahagian penutup bateri tu dan bacaan memang tak valid. Sangat jauh berbeza bacaan tu. Aku tak sempat buat pemulangan semula sebab dah completed. Sekarang jadi mainan Naura.  Demam ni bahaya sebab boleh bawa sawan. Rumah aku ada dua jenis termometer satu digital dan satu lagi yang jenis kepit kat ketiak tu. Sebab doktor bagitau yang tu lagi valid. Jadi aku beli kat Health Lane jenis kepit kat ketiak tu.

 

P/S: Kes ada penurunan hari ni. Semoga terus menurun dan menurun lagi..


 

8 Comment for "Apa Yang Perlu Ada Semasa Kuarantin Di Rumah "

Perkongsian yang menarik dan sangat penting juga untuk semua orang tahu

dengan teknik dan tips di atas tambah pula disiplin dan istiqamah pasti kita akan bebas dari pandemik ni

Samalah kita Naniey. Setakat ni kat rumah Fiza hanya ada thermometer, kemudian apat untuk baca tekanan darah pun Fiza beli time mengandung Nur Dhia.

masa kena covid ri tu takde oximeter tu..tawakkal aje..tak tahu oksigen da berapa tapi ada hari yang rasa badan lain macam sangat...rupanya dia nak beralih ke fasa pemulihan...

sy cuma ada blood pressure monitor je😊

Nice sharing kak naniey, saya pun tengah aim nak beli gak semua list yang kak naniey tulis ni, memang perlu sangat ada disediakan dalam rumah kita incase kita kena kuarantin di rumah kannn.

Dalam senarai diatas saya ada blood pressure monitor je. Yang lain kena beli juga tu standby. tq share.

Saya ada blood pressure monitor je. Baru beli oximeter tempoh hari. Tengah tunggu sampai

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top