You don’t have to be big. You have to be remarkable

Random From The Past #13

 Assalamualaikum... 

Random From The Past | The only photos yang aku ada dengan papa hari aku nikah. Sedih sungguh bila aku dapat softcopy daripada photographer, gambar papa sekeping pun tak de dalam tu. Padahal memang ada ambil gambar pun. Sakit hati bila ingatkan semula gambar dengan papa tak de. 

Gambar sebelum pergi masjid untuk akad nikah

Aku memang pilih photographer perempuan sebab aku lebih selesa dengan perempuan daripada lelaki. Harga aku tak ingat dah berapa tapi boleh consider murah juga la dan kualiti memang aku kurang berpuas hati. Tu la sapa suruh ambil murah kan. Akak photog ni memang friendly orangnya dan aku selesa dengan dia cuma kerjanya kurang memuaskan. Nasib baik photog masa hari resepsi kualiti gambar cun gila. Memang cun la sebab dia photog Bernama dan kebetulan kawan cousin Lurviey dan harga pun memang murah dapat. Harga kawan kawan.

Masa aku nikah Ogos 2018 ni papa tak boleh bangun dan perut dah kena tebuk dan masa adik aku nikah awal tahun 2018 (feb) papa masih boleh duduk tengok adik ambil gambar kat pelamin. Time aku kahwin papa duk dalam bilik je terlantar.  Bila boleh balik kampung ni jumpa mama papa. Rindu betul.


P/S: Alhamdulillah semalam cucu mak tok ke5 (cousin)  dah selama kahwin. Aku hadir di IG Live je tengok cousin aku nikah.


4 Comment for "Random From The Past #13 "

Jangan sedih . Sekurang-kurang papa dapat juga tengok wajah anaknya di hari bahagia.

Semoga ayahnya terus pulih dan sihat seperti sediakala

Alaa sedih pulak baca entri kak naniey ni, moga moga papa kak naniey sihat selalu. Moga moga ceepatlah boleh rentas negeri kan kak naniey :')

Ada juga sekeping gambar berharga sebagai kenangan. Semoga kembali sembuh. Aaminn..harap cepatlah boleh rentas negeri balik kampung.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top