Once you choose hope, anything's possible

Daging Salai Masak Lemak Cili Api Padu Daripada Meat Boss Malaya

 Assalamualaikum... 

Daging Salai Masak Lemak Cili Api Padu Daripada Meat Boss Malaya | Masak lemak memang fave aku. Daging salai pun lauk fave aku juga. Jadi bila bergabung daging salai masak lemak cili api memang padu teruk. 

Aku nak bagitau korang bahawasanya Daging Salai Masak Lemak Cili Api kali ni adalah the best in town yang pernah aku makan. Sumpah sedap sangat. Daging salai yang aku beli ni daripada Meat Boss Malaya. Seperti biasa aku beli kat shopee je. 

Untuk 150gram daging salai ni dengan harga RM15 bagi aku sangatlah murah. Korang boleh pilih sama ada nak beli daging salai sahaja atau korang nak sekali dengan rempah. Untuk rempah ada dua pilihan rempah iaitu rempah masak lemak cili api dan juga gulai padang siap dengan cara penggunaan

Bagi tekak aku, rempah masak lemak cili api yang disediakan memang dah cukup rasa di mana tak perlu nak adjust rasa. Cukup rasa pedas, masam, masin semua di tambah pula dengan bau salai yang menyengat hidung. Sedapnya. Potongan daging juga agak besar dan ada banyak keping. Portion 150g bagi aku cukup untuk 2-3 orang makan. Kalau beli kat kedai mana dapat harga RM15 macam ni. 

Tahap kepedasan masak lemak cili api ni memang tersangat pedas. Jadi kalau korang tak makan pedas mungkin boleh letak sikit je rempah dia or korang beli daging sahaja tak perlu rempah. Walaupun pedas, tapi sangat sedap. Bertambah tambah nasi aku. Leftover masak lemak aku buat makan spagetti semalam, ala ala cafe hipster. 

 

Repurchase? InshaAllah, aku akan repurchase sebab sedap sangat. Aku nak try gulai padang dulu. Kalau korang berminat nak cuba boleh dapatkan di shopee 

Shopee - https://shopee.com.my/meatbossmalaya

 


Tag : food
10 Comment for "Daging Salai Masak Lemak Cili Api Padu Daripada Meat Boss Malaya "

Sedapnya daging salai masak lemak cili api. Senang betul masak dah ready daging salai sekali dengan pes masakan. Terbaiklah kalau pedas pedas ni. Baru sedap :)

Uiit! Ada rempah masak lemak cili api skrg eh? Macam-macam hado sekarang ini Biasa buat sendiri je :)

Lemak salai ni pebret.. Nnt bole try laaa..

Nanti bleh la buat daging salai lagi....teingin plak lepas tengok gambar ni

Wah! Kalau macam ni senang la.... Mudah dan pantas!

Senang nak masak kalau bahan sudah tersedia. Sudahlah memang sedap, jimat masa pula.

nampak rupanya mmg padu tu.. makank dgn spaghetti ke tu

Sedapnyaaaaaa kalau masak lemak ni! Lauk favorite saya hehehe

Back To Top